Yorkshire Pudding

Salam to all.Yorkshire Pudding and Roasted beef makanan kabangsaan orang2 England.Tapi ambo kat Malaysia ni pun memang suka makan Yorkshire pudding ni.Roasted beef to pun suka tapi malasnya nak buat.So selalunya kita tunggu hari Xmas la my sis-inlaw masakkan.Masa tesco mula-mula buka dulu almost every week kita beli pudding ni.Bentuknya yang kelihatan seperti mangkuk kecil yang comel membolehkan kita meletak inti didalamnya.Kita makan dengan pelbagai inti yang direka sendiri.Masak daging hancur,tuna mix mayonis dicampur pula hirisan dadu timun tampa biji dan bawang besar..Yang mayonis ni memang kawan-kawan dan anak-anak suka.Kalau tak ada apa,kita goreng telur hancur campur kobis dan bawang besar yang dihiris halus.kadang-kadang pekena dengan bluberry jam dan minum kopi waktu petang.Yumm yumm...
Tapi semenjak dua menjak ni tak nampak pula benda ni kat tesco.So dah lama tak makan dan keinginan nak makan datang membuak-buak.Kita geledah buku masakan dan jumpa resepi ni.Tak tercapai la niat nak berhenti membaking sebab hari ni kita dah mula balik.Bukan sekali 2 kali pulak tu.Sebelah pagi buat 1 adunan kebetulan cikg-cikgi datang bertandang dan kita ramai-ramai la santap pudding tu.Teringat pula the 2 chair-chair belum merasa lagi pudding tu,so sebelah petang kita baked lagi skali.Buatnya senang tu la sebab agak rajin membuatnya.Hari ni kita buat East meet West.Yorkshire Pudding dihidang bersama kari kering daging hancur.Sedap seh...nak kena minta ampun dengan Queen ke sebab derhaka resepi Rosted beef tu?????? Ya ampun.Layar saja resepinya...

Bahan-bahannya
*170 grm tepung gandum
* 180 ml susu segar(pagi kita guna susu sepenuhnya,petang kita guna susu campur cream sebab susu dah habis)
* 120 ml air biasa
* 2 biji telur
* Secubit garam
* minyak masak secukupnya


Cara memasak
1-Pukul telur sekejap,masukkan susu dn air dan pukul lagi dalam 2/3 minit.
2- Campurkan tepung gandum dan garam didalam mangkuk dan buat lubang ditengah.Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata.Kacau hingga adunan sebati dan tapis kedalam mangkuk yang bersih.
3-Panaskan oven dgn kepanasan 220c.Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak kedalam acuan muffin.Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
4-Masukkan acuan muffin kedalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
5- Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula kedalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.
6-Angkat dan sejukkan.Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.

Comments

  1. Asssalam Kak ros,
    wah this is another good recipe to follow..masuk list lagi ni!!!!!..kak ros, where you got all this wonderful recipes????

    ReplyDelete
  2. salam ayu.Kak ros memang suka masakan barat,entah kenapa,mayb pengalaman duk kat USA yang tak brapa nak lama tu buat kak ros terdedah dan mendedahkan anak-anak pula.hihiihii.Sebelum pandai berblog kak ros memang ada banyak koleksi buku masak.sekarang semua buku dah simpan elok-elok sebab dah mula ambil kelas dari blog walking kerumah cikgu2 masak macam ayu.

    ReplyDelete
  3. Assalam..saya pun suka makanan cam ni. Mesti nk cuba 1 hari nnti.Bestnya..

    ReplyDelete
  4. selamat pagi ros, K1 nk cuba versi ros nati cantik je lengkuknya minta resipi yer..

    ReplyDelete
  5. aslmkum kak ros.. tq for sharing this rspi.. dah cuba.. 1st time mkn.. tak tau jadi ke tak.. rasa mcm tak brapa mjadi.. n rasa nk buat lagi.. huu

    ReplyDelete
  6. thanks Pn Ros..nekcik rasa nak buatlah esok ke lusa..insyaallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts