Mereka yang sudi.......

Wednesday, June 22, 2011

Kurma Cili Hijau Ayam

Salam Rabu. Dah beberapa hari tak ada N3 masak ya.Actualy hari-hari pun masak ,tapi yang simple dan memang resepinya dah dimasukkan sebelum ni.Kurma ni pun simple .cuma sebelum ni kita masak kurma tak pernah dimesin cili hijau bersama bahan-bahan lain.Hari ni terasa nak cuba pula.Rasanya tetap macam kurma ....hi.hi..hi.Boleh cuba jika suka.


Bahan-bahannya-
* 1/2 ekor ayam
* 350ml santan
* 2 sudu besar rempah kurma
* 1/2 biji bawang besar
* 2 biji cili hijau
* 2 ulas bawang putih
* Sedikit halia
* 1 batang kayu manis
* 1 biji bunga lawang
* 2 biji buah pelaga
* 1 keping asam keping
* gula dan garam secukupnya
* 2 biji kentang dibelah 4


Cara memasak
1- Panaskan 4 sudu besar minyak masak, tumis bahan-bahan * yang telah dimesin hingga garing dan wangi.
2- Rempah kurma dicampur sedikit air dan masukkan kedalam tumisan bawang tadi.Tumis dan kacau hingga terbit bau.
3- Masukkan daging ayam dan tutup periuk sebentar. Buka tudung periuk dan kacau,bila air ayam dak agak kering masukkan santan.ubi kentang dan asam keping.
4-Masak kurma hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Kecil kan sedikit api dan masak lah hingga kentang empuk dan kuah nampak pecah minyak.Hidang denagn nasi panas.

2 comments:

  1. Assalam kak rose,
    sedap namapk korma cili hijau akak ni..
    i have tried your otak2 taufu pok(already posted)..memang sedapp sangat..i m loving it!! thanks kak for the nice recipe tu ya..

    ReplyDelete
  2. Salam ayu.Ini resepi yang amat la rengkasnya.Tapi tauhu tu memang sedapkan ayu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info