Mereka yang sudi.......

Thursday, June 23, 2011

Puding French Loaf berkeju

Salam minum petang.Hidangan minum petang yang cepat dan ringkas.
Bahan-bahannya
* 1 batang french loaf dipotong kecil(dalam 15 keping)
* 3 cawan susu segar
* 1 cawan gula perang
* 4 biji telur gred A
* sedikit esen vanila
* sedikit serbuk kayu manis (jika suka)
* Parutan keju sebanyak yang disuka



Cara memasak
1- Atur french loaf dlm loyang pembaka
 2- Dalam mangkuk campur susu dan telur dan pukul biar sebati.
3- Masukkan 2/3 gula perang dan pukul lagi hingga gula hancur
4- Curahkan adunan telur keatas roti.gunakan baki gula untuk ditabur diatas roti
5- Biarkan rroti terendam selama 5 minit.Kemudian terbalikkan roti tersebut.
6- Tabur gula pada roti yang baru dibalikkan tadi.taburkan pula serbuk kulit kayu manis dan parutan cheese.
7- Bakar dalam suhu 180 c selama lebih kurang 30 minit hingga bahagian atas roti agak garing dan kekuningan.




2 comments:

  1. kak ros cayang sedapnyaaaa nak pulak bercheese lagiiii berlemak la kan kak

    ReplyDelete
  2. Salam KakRos. Sonang jer nampak ni ek.... boleh bayangkan mmg sodap!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info