Mereka yang sudi.......

Wednesday, June 1, 2011

Crepe cake

Salam tengahari yang redup.Tapi tak hujan-hujan.Hari ni kita cuba kotakan janji untuk tidak membaking demi menjimatkan bil elctrik.Alhamdullillah nampak idea resepi ni yang tak memerlukannya dibakar.Kita ceduk idea  kat sini tapi resepinya godek sendiri.P.Ros guna resepi wafle yang pernah dibuat dan masak seperti memasak crepe atau lempeng je.Satu kesalahan besar semasa melapis tangan gatal,salah satu lapisan creepe tu disapu blueberry jam yang ada ciput dlm peti ais dan menyebabkan lapisan tu asyik licin dan jatuh kebawah.Lain kali tak buat lagi le.....
Lagi 1 tabiat buruk P.Ros buat apa-apa tak boleh nak tunggu atau berseni.Cepat2 nak makan aja.Dah la cameranya 10 sen,tak sempat pula tunggu coklat tu betul2 set maka meleleh dan sememeh la kek tu jadinya. Apa-apa pun janji sedap dimakan bila dah ada coklat.Cubala ya.

Bahan-bahannya
 * 2 cawan tepung gandum
* 1 12/ cawan susu segar
* 1/2 cawan minyak masak
* 2 biji telur
*4 sudu kecil baking powder
*4 sudu kecil gula
* 1 sudu esen vanila
* sedikit butter untuk disapu pada kuali semasa mengoreng



 Cara-caranya
 1-Pukul telur hingga sedikit kembang,masukkan pula susu dan minyak.Pukul lagi.
2- masukkan telur sebiji demi sebiji pukul lagi dan tambah gula.
3- campurkan  baking powder dan gandum dan masukkan kedalam campuran telur tadi.Kacau hingga menjadi batter yang smoth.
Cara memasak
1-.Panaskan sedikit butter dan masukkan dalm 1 1/2 senduk kecil batter.Lenggang kuali supaya adunan rata.Masak hingga kedua-dua belah garing.Angkat dan sejukkan.Boleh dapat dalam 7 biji.


Chocolate ganache (boleh guna apa-apa jenis topping yang disukai)
*400 grm cooking chocolate
* 4 sudu besar cream/susu segar
* 1/2 sudu besar butter
Panaskan cream secara double boiler,masukkan chocolate dan butter.Kacau hingga semua bahan cair.Angkat dan sejukkan.


Cara membuat kek
1-Ambil sekeping crepe dan sapukan chocolate diatasnya dan letakkan sekeping lagi creepe dan ulang proses sehingga semua creepe habis.
2- Sapu choclate pada seluruh creepe dan masukkan kedalam peti sejuk selama 15 ke 20 minit.Ini adalah untuk menyenangkan proses memotong.
3- Keluarkan kek dari peti sejuk dan potong mengikut saiz yang disukai dan hidangkan.





2 comments:

  1. cakk kak ros miss u heheh crepe tu tersangat ler mengujakan

    ReplyDelete
  2. hai mimi cayang.Mana menghilang ya?????Crepe oh crepe.Jangan jadi crepy crawly dah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info