Mereka yang sudi.......

Saturday, June 25, 2011

Roti Jala

Salam hari minggu.Roti jala untuk brunch.Hari minggu memang malas nak nak dok lama-lama kat dapur.Hari ni kita mask roti jala guna resepi dari dapur kak Jee.Memang lemak dan lembut dan yang bestnya jalaan pertama kita terus menjadi dan tak melekat.Tapi jalaannya tak ada lah secantik jalaan tuan punya resepi. Kita buat roti jala ni kaler maler dan bekas tu dibeli kat daiso IOI mall Puchong dah lama dulu.Buat dalam dua adunan dan makan bersama kari ayam.
Jom tengok resepi yang di copy paste dari kak Jee.Halalkan ya kak jee.



BAHAN2NYA:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan(boleh guna susu cair)
1 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna egg yellow




CARA:
Masuk semua bahan dalam blender (kecuali kulit telor) dan trrrrr sambil sebati. Tuang dalam botol acuan. Boleh guna acuan biasa. Pastu panaskan non stick pan dan oleskan mentega ke seluruh kuali. Kjee guna Olive Oil. Biar kuali panas dan mulalah menjala. Mula2 buat mesti tak cantik tapi lama kelamaan okaylah. Bila sekeping sudah masak, alihkannya ke pinggan, terbalikkan supaya permukaan atas yang licin mengadap ke bawah. Kemudian gulung. (Kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak menjadi kering dan keras)  Ulang sampai habis. 



5 comments:

  1. Salam Ros. Okaylah tu. Cuma Kjee rasa ramai yang masih tak reti masa nak melipat. Actually kena terbalikkan. Part yang kilat mesti bertemu dengan pinggan atau dulang. pastu baru gulung. kalau digulung terus dalam dalam kuali, part yang kilat tu terlindung. faham tak. so tiap keping yang buat, diangkat dari kuali dan diterbalikkan atas pinggan, bahagian kilat face down. pastu baru lipat. hasilnya, roti jala kita nampak cantik dan berkilat. fuuhhh panjangnya.

    ReplyDelete
  2. yup setuju ngan kak jee mi pun buat gitu kak rose,ooo akak guna botol yg gitu ade yg cakap tak jadi bila guna hak tu ok la kalau akak buat dah jadi

    ReplyDelete
  3. Thank you for the tips kak jee and mimie.Maknanya kena buat lagi dlm masa terdekat ni sebab nak praktikkan apa yang diajar oleh sifu.sifu ni.Harap-harap dapat buat roti jala kilat milat pulak.

    ReplyDelete
  4. ros...menjala pulak...color2 lg...cantik..buat selalu2 nanti ...jd cantik la..nanti nk buat ikut resepi kakjee ni la pulak.

    ReplyDelete
  5. Mesti buat mama,lemak sedap.My hubby makan gitu saja 2 3 biji.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info