Mereka yang sudi.......

Wednesday, June 8, 2011

Chicken MeatLoaf Bread (Sandwich)

Salam Pagi.hidangan breakfast kami pagi ini.Senang dan mudah.Malas pula nak menaip panjang-panjang pagi ni so jemput la minum kopi dgn sandwich ni ya.
Bahan-bahannya
* 10 keping roti gardenia dipotong segitiga
* 5 keping chicken meatloaf dipotong segitiga
* 3 biji telur dikocok (dicampur sedikit lada putih jika suka)
* cheedar cheese secukupnya
* sedikit minyak untuk menggoreng
* sedikit butter 


Cara caranya
1- Ambil sekeping roti dan sapukan sedikit butter.Taburkan dalan 1 sudu kecil cheedar(atau sebanyak yang disukai).
2- Letakkan pula sekeping chicken meatloaf diatas cheedar dan ambil sekeping lagi roti dan letakkan diatas chicken meatloaf.Buat la sampai roti habis.
3- Panaskan sedikit minyak dlm kuali.Ambil roti dan celupkan kedalm telur dan goreng dengan api sederhana.Tekan-tekan sedikit supaya cheedar cheese menjadi panas dan cair.Goreng hingga kedua-dua belah roti garing.Angkat dan keringkan sedikit miyaknya diatas kitchen towel(tisu).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info