Sup Timun Tua dan Telur masin

Salam makan malam.Musim panas ni memang sedap kalau dapat minum sup.Laling suka la kalau kita masak sup ala-ala chinese style  ni.Lagi pun timun tua (warna kuning kecoklatan) ni memang kegemeran kaum cina untuk dibuat sup.Makan malam yang paling simple tonight,sup timun dgn telur masin dan ikan goreng cicah budu.Apa macam terkedu ke???Laling kita makan laju aja, tak terkedu pun.cili padi punya pasal semua jalan laju je...
Bahan-bahannya
* 1 biji timun tua sederhana besar
* 2 biji telur masin
* 2 biji bawang putih dicincang halus
* sedikit halia dipotong halus
* 1/2 biji cili merah dipotong nipis
* 1/2 biji bawang besar dipotong nipis
* 1/2 keping kiub pati ayam
* 1 biji tomato dibelah 4
* garam dan gula secukup rasa
*3 ke 4 cawan air(bergantung pada banyak kuah yang diingini)
* Sedikit hirisan daun bawang

Cara memasak
1- Panaskan 2 sudu besar minyak masak.Goreng bawang putih dan halia hingga terbit bau.Masukkan 1 cawan air dan biarkan sebentar.
2- Masukan pula timun,bawang besar ,tomato dan cili merah.Biarkan mendidih seketika.
3-Pecahkan telur masin sebiji demi sebiji dan kacau perlahan.Jangan sampai kuning telurnya hancur.
4- Masukkan pula kepingan pati ayam,garam dan secubit gula.Biarkan sup merenih diatas api perlahan dalam 20 minit atau sehingga isi timun menjadi lembut dan jumlah airnya juga berkurangan.Tutup api dan angkat.
5- Taburkan sedikit daun bawang semasa menghidang.Selamat mencuba ya.

Comments

Popular Posts