Mereka yang sudi.......

Wednesday, June 15, 2011

Puff Pisang

Salam to all.Puff pisang  ni dibuat untuk teatime hari ahad lepas.Sesikat pisang yang dibeli dan 4 biji daripadanya dah dibuat kek pisang dan ada lagi beberapa biji.Tak tahu apa nak buat dengannya??????????????????????
Sambil duduk-duduk sambil belek beberapa buku masakan dan terjumpa resepi ni dari buku decoding chinese  pastry.
Rupa bentukyan nampak macam cokodok pisang,tapi rasanya tak sebab dibuat dari telur putih.Resepi asal mengunakan kacang yang ditumbuk dan gula untuk ditabur diatasnya.P.Ros gunakan honey sebab tak ada kacang tanah.Sedap untuk minum petang beersama teh atau kopi.Puan Ros gandakan dari resepi asal kat bawah sebab nak habiskan semua pisang2 tu.


Bahan-bahannya A
* 3 biji putih telur
* 3 biji pisang 
* 15 grm tepung gandum
* 15 grm tepung jagung
* 1/2 sudu kecil gula
Bahan-bahan B
* 200grm kacang ditumbuk
* 90 grm gula halus
Puan Ros gantikan bahan-bahan diatas dengan honey
Cara-caranya
1- Potong kecil pisang dan ketepikan
2- Pukul putih telur dan gula hingga stiff dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung dan kacau perlahan sehingga bahan sebati.
3- Panaskan minyak.Celup pisang didalam adunan dan goreng hingga garing.Angkat dan kering kan minyaknya.
4- Letak pisang didalam pinggan dan taburkan kacang tumbuk dan gula diatasnya (P.Ros tuang honey keatasnya).Siap untuk dihidang.





2 comments:

  1. Salam Kak Ros..Wahhhhh....dah jadi ala-ala versi pisang celop tepung lah yaaa cuma bahan celupannya jeee yang berbeza

    ReplyDelete
  2. Bukan ikan celop tepung aja,pisang pun celop tepongkan sue.Sedap pun pekena dgn kopi.Tunggu hari hujan dan buat ya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info