Mereka yang sudi.......

Sunday, June 26, 2011

Sup Tauhu Lembut Dan Timun Tua

Salam hari minggu.Menu malam tadi.Musim panas ni memang bagus buat sup ni untuk sejukkan badan.Lagi pun timun tua ni memang org cina suka buat sup.Masaknya pun senang dan cepat.My nephew love it, so do I....my laling lagi la suka.......makanan nenek moyang dia kan????Jom tengok resepi.


Bahan-bahannya
* 1 biji timun tua buang kulit dan bijinya (jika suka boleh dimasak bersama kulinya-tapi budak2 ni suruh buang kulit) dan potong sederhana besar
* 2 paket tauhu lembut atau tauhu telur dipotong bulat
* setengah biji bawang besar di mayang
* 1 ketul kiub ayam
* 1 pokok daun bawang
* 2 ulas bawang putih dipotong halus
* sedikit soohon jika suka
* 3 1/3 cawan air (Ikut suka nak kuah banyak mana)
gambar dari blog ini sebab kita dah masak tampa ambil gambar timun tu Ada yang tanya macammana rupanya?.Search di google dan jumpa ni.Thank you cookingcrave

Cara memasak
1- Panaskan dalam 2 sudu minyak masak dan tumis bawang putih hingga terbit bau
2- Masukkan air dan kiub ayam ,biarkan sebentar dan kacau rata,bila air dah nak mula mendidih masukkan timun.
3- Masak sup hingga mendidih dengan api sederhana.Masak hingga timun menjadi lembut.
4- Masukkan pula tuhu dan bahagian bawah daun bawang.Masukkan garam dan sedikit lada putih jika suka.
5- Bila timun dah betul betul lembut tutup api dan taburkan hirisan daun bawang .Siap untuk dihidang.

6 comments:

  1. assalamualaikum...salam kenal...sy suke mkn tauhu telur ni.lembut aje..timun tua tu mcm mana pulak ye?

    ReplyDelete
  2. Timun tua tu yang kulit dia coklat kekuningan.Kalau kat giant biasanya dia dah bungkus dgn plastic sebiji-sebiji.Biasanya org cina aje yang beli.Cuba la ya.lembut dan sejuk dimakan bila dibuat sop

    ReplyDelete
  3. salam puan Ros

    akak suka makan tahu ni tahu jepun...terimakasih datang umah akak..cookin time..hari ni pun akak buat lagi tahu kukus tu untuk makan dgn kawan2..depa pun suke ..thanks ya..

    ReplyDelete
  4. ya ke .terima kasih la sudi cuba.Ros ada buat lagi satu jenis ,lebih kurang sama resepi,tapi ada udang sekor.sekor.Search achive bulan april under tauhu udang. Cuba la mesti nor suka.

    ReplyDelete
  5. konfem tak pernah tau psl timun ni...ok2, noted! pasni kalau jumpa dh tau ini namanya timun tua. hihih

    ReplyDelete
  6. ooo..br sy tahu itu rupa timun tua.hihihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info