Mereka yang sudi.......

Saturday, June 25, 2011

Yam basket

Salam sabtu.Diner malam tadi,Yam basket is 1 of my family's favorite.Beli yam ni dua hari lepas.Seketul dekat RM8.00 harganya.Ding,dong ,ding,dong pikir nak buat apa.Teringin nak buat kueh talam yang  sememangnya terhangat dikalangan blogger2 masak.Tapi budak2 ni tak brapa makan..sob..sob.Nanti kita dgn laling juga yang kena habiskan.Pikir punya pikir teringat pasal makan yam basket kat restoran Chan Abdullah 2 bulan lepas.Cinonet aja saiznya dan tak cukup makan budak2 ni dibuatnya.Problem solved.Yam Basket kegemaran tukang-tukang makan kat sini dan terutama skali tukang masak sendiri.Buat gimik aja cakap org lain suka padahal diri sendiri yang terlebih suka.
Tapi sayur-sayuran yang dimasukkan hari ni tak cukup sifat.Main baling apa2 yang ada je.Isi dada ayam pun tak ada.Kita bantai potong 5 keping paha ayam.Janji sedap..... dan puas makan!
Yam basket ni ada juga yang panggil yam ring.Cara masak pun ada versi yang berlainan.Ada yang kukus dulu yam baru dilecek dan dibentuk dan digoreng.Kita buat tak ada kukus mukus,sebab kaki pemalas loh!Kita parut yam dan goreng aje.Jom tengok resepi.

Bahan-bahan untuk yam basket
* 1 ketul yam dlm 700 ke 800grm (dibuang kulit dan diparut halus)
* 2 sudu besar tepung jagung
* secubit garam dan lada sulah
Cara membuatnya
1- Campur semua bahan dan gaul rata.
2- Masukan kedalam acuan yang berbentuk seperti mangkuk.P.Ros guna senduk besi yang bersaiz besar.
3- Keluarkan adunan dari acuan secara perlahan dan panaskan dalam 1 kilo minyak dan goreng yam basket hingga garing.
note:.P.Rose masukkan yam basket bersama acuannya kedalam minyak panas,tapi melekat sedikit pada acuan semasa mengoreng.Kenalah pandai-pandai untuk mengeluarkannya.
Bahan Inti
* 5 ketul paha ayam dipotong kecil(guna dada ayam jika ada)
* 1 batang carrot(gunakan snow peas jika ada)
*  Beberapa biji baby corn
* 1 tin cendawan butang dibelah 2 (boleh guna cendawan segar)
* 1/2 biji bawang besar dipotong besar2
* 2 3 bartang cili kering potong serong(Optional)
* 2 ulas bawang putih dipotong halus
* 1 sudu kecil  5 spices powderP.Ros tak ada ni dan ganti dgn chinese BBQ sos)
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar kicap pekat manis
* 1 sudu besar kicap cair
* 1 sudu kecil minyak bijan
* garam secukup rasa
Cara memasak
1- Panaskan sedikit minyak,goreng bawang putih dan cili kering hingga terbit bau.Masukkan daging ayam dan bairkan hingga air ayam agak kering.
2- Masukkan semua bahan sos dan kacau rata.Tutup kuali sekejap.
3- Buka penutup kuali dan masukkan semua bahan sayur dan goreng hingga sayur agak masak.Masukkan minyak bijan dan lacau sedikit.
4- Bancuh 1 sudu kecil tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan kedalam kuali.Kacau hingga sos agak pekat dan padam kan api.

Bahan hiasan.
Panaskan minyak yang diguna untuk menggoreng yam basket tadi hingga betul-betul panas.Masukkan soohon yang dah dipotong dan goreng hingga soohon kembang.Boleh lah diangkat.
Letak soohon goreng didalam pinggan besar dan letakkan yam basket diatasnya.Masukkan inti kedalam yam basket dan siap untuk dihidang.












2 comments:

  1. pn ros...Nekcik pernah dengar rakan cina nekcik kata..dia parut yam tu halus berjari jari..pas tu masuk dalam senduk dan goreng....dah lama nak cuba tapi blum terlaksana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nekcik,ada yang diparut dan ada yang dikukus lepas tu dilecek dan dijadikan bentuk ring.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info