Mereka yang sudi.......

Saturday, June 4, 2011

Roti Lembut Cheese Dan Parsly

Salam larut malam.Selingan sebelum tidur.Ternampak gambar resepi roti ni dan baru teringat Puan Ros masak ni pada pagi hari nak berangkat keSingapore hari tu.Resepinya masih didalam draft tapi Pakcik blogger yang dah agak nyanyuk ni asyik tayang aja kat kita punya recent post.Macam mana benda-benda yang masih lagi didalam darft boleh ditayangkan ya???Siapa nak jawab,Gambar nasi ayam tu pun sama,masih kat draft dan resepinya pun belum ditulis.
Anyway berbalik pada roti ni,resepi ni dapat dari dapur the  one and only CMG dan dah pernah buat inti sardine serta tuna.Kali ni kita cuma potong daun parsly dan dicampur dgn moza + cheddar cheese dan dijadikan inti.
 \
Basic Sweet Dough
Bahan-Bahannya :-)
  • 400 g tepung roti (high-protein flour)
  • 1 biji telur gred A
  • 4 gm bread improver
  • 5 gm gluten (P.Ros guna bread softener)
  • 80 gm gula halus
  • 11 gm instant yeast
  • 6 gram garam
  • 190 ml air 
  • 30 gm mentega
  • 30 mg shortening
Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah shortening dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
  2. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.  
UNTUK BUN 
  1. Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan.
  2. Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
  3. Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti.
  4. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit (roti ini sebelum dibakar P.Ros sapukan kuning telur diatasnya dan taburkan bijan)
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas.... 
  6.  untuk inti potong daun parsly halus2 dan dicampurkan dgn cheese pilihan masing-masing.

    1 comment:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    click the ads for more info