Mereka yang sudi.......

Thursday, June 9, 2011

Kari Ayam Kering


Salam makan malam.P.Ros masak ayam ni untuk dinner tadi.Nak masak kari tapi tak ada santan,so jadi la kari kering ni.Dah makan dgn nasi teringat pula kalau makan dgn pulut kuning ni mestei sedap.Bila kita cakap macam tu,mata little laling terus terbuka besar sebab dia memang suka pulut kuning.So esok lusa nak kena la buat ni agaknya agar tak kempunan budak tu.
Bahan-bahannya 
* 12 keping ayam yang dipotong kecil dari 1 ekor ayam
* 2 sudu rempah kari
* 1/2 cawan susu segar
* 1 biji bawang besar dimayang halus
* 3 ulas bawang kecil dihiris halus
* Halia sebesar ibujari di potong halus
* 2 batang serai dimayang halus
* 5 sudu besar minyak masak
* 1/2 cawan air
* 1 keping kecil asam keping
* 1/2 biji buah tomato dibelah 3 
* 1 biji cili merah dan cili hijau dipotong kecil
* Garam dan gula secukup rasa
* 1 pokok daun parsly
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 batang kayu manis, 1 biji bunga lawang dan 2 biji buah pelaga
 Cara memasak
1- Panaskan minyak masak dlm kuali dan goreng kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sekejap.Masukkan pula hirisan bawang putih,bawang merah dan halia.Gorenglah sampai terbit bau.
2- Campur rempah kari bersama sedikit air dan masukkan kedalam kuali dan kacau jangan sampai hangus.Bila rempah kari dah agak garing,masukkan pula ayam dan air.Kacau rata dan tutup kuali.Biar ayam mendidih.
3- Buka penutup kuali dan masukkan pula susu.Kacau dalam 5 minit.
4- Masukkan hirisan daun parsly, cili hijau,cili merah dan tomato serta asam keping ,garam dan gula.
5-Biarkan ayam mendidih dan kuah menjadi kering.Rasalah asam garamnya dan tambah apa yang patut.Bila ayam sudah masak dan masukkan pula serbuk lada hitam dan kacau rata.Biarkan seketika.Tutup api dan sedia untuk dihidang.

2 comments:

  1. pandai little laling makan pulut ye kak

    ReplyDelete
  2. Hai mimi,pulu memang kegemaran dia .Kalau pegi pasar tani akak belikan dia pulut kuning dan rendang ayam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info