Sago Gula Melaka


Salam hari minggu.Hari ni laling kata tak payah masak lunch.Dia teringin nak gi makan kedai nasi campur Klantan (dah rindu kat masakan mom-in-law ke laling?). So hari ni kita ada lah lebih masa untuk bergayut depan laptop ni.Sago gula melaka ni sebenarnya buat untuk teatime smalam.Tak ingat dah pun bila masa kita beli sago ni dan untuk masak apa.Masih ada cukukp2 1 cawan sago.Nampak pula santan dalam kotak dan gula melaka 1 keping dlm peti ais ( Kat klate kita panggil ni nise).Tak tahu tahun bila my mum bawa ni dari kpg,masih ada berbaki sekeping.Sekarang pun musim panas sedap juga makan sago yang sejuk-sejuk baru keluar dari peti ais.
Bahan-bahannya
* 1 cawan biji sago
* 3 atau 31/2 cawan air (tengok kepekatan masa proses memasak)
* 200ml santan kotak + secubit garam
* 1 ketul gula melaka + 1/2 cawan air (boleh juga guna beberapa sudu besar gula merah )
* sehelai daun pandan(optional) 
Cara memasak
1- Panaskan 3 cawan air bersama daun pandan dengan api sederhana dan masukan biji sago.Masak sehingga biji sago tidak lagi kelihatan putih-putih.Tambah 1/2 cawan air jika biji sago kelihatan agak kering dan masih banyak yang bewarna putih.Sago hendaklah sentiasa dikacau semasa memasaknya.
Bila sago telah masak masukkan kedalam bekas  pilihan dan biarkan sago sejuk sedikit.Simpan sago didalam peti ais selama beberapa jam sebelum dihidangkan.
2- Sementara menuggu sago sejuk panaskan santan dan secubit garam atas api sederhana hingga sedikit mendidih.(tak payah dicampur air atau tepung kerana santan kotak dah agak pekat)
3- Campurkan gula melaka bersama air dan masak hingga gula hancur.Boleh dimasukkan 1 helai daun pandan jika suka.Tapis dan sejukkan.
4 Hidanglah sago sejuk bersama 1 sudu besar santan dan 11/2 sudu besar sirap gula merah(atau secukup citarasa sendiri).Memang sedap dihidang sejuk-sejuk...




Comments

  1. Assalamualaikum Pn Ros...kjg balas dari Kuantan, thanks ya singgah dapur akak tuh...waaah banyak menu sedap2 nih...meleleh tgk...rajin masak...keep it up! Happy cooking..

    ReplyDelete
  2. Hai umi.kita masak biasa aja.Umi punya first class gitu.

    ReplyDelete
  3. Ni musim panaskan mie.makan sago sejuk ni memang best.Nak cuba buat talam sago pulak.Dah ramai yang buat ,mesti sedapkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts