Mereka yang sudi.......

Wednesday, April 6, 2011

Kari Ikan Tenggiri

Salam semua.Ini N3 sesat.Kari ikan ni dimasak malam sabtu yang lepas.Tak tahu macam mana boleh terlepas pandang.Petang ni tengah tengok album gambar-gambar resepi.tiba-tiba baru perasan gambarnya dan draft N3 yang tergantung.Kari tu memang dah habis tapi gambarnya tetap kekal dlm albumnyakan? lagi 1 nak kena perah otak sikit untuk ingat resepinya.Bukan apa sebenarnya org yang yang suka kedapur,biasanya dont realy bother about the sukatan.Kita sebenarnya main campak-campak aja bahan-bahan tu kedalam periuk.Tapi bila tulis resepi takkan nak kata,1 campak ikan,2 campak santan,3 campak bla. bla... 4 campak bla...bla.. tapi takut akhir sekali campak bla..bla..dlm tong sampah.Ada ke????? So tak  apa la... kita tulis la resepi ni elok-elok biar senang the 2 princess nak masak next time.Next time tu bila ya?????Sabor aja la...!

Bahan-bahannya
* 2 keping ikan tengiri
* 400 ml santan
* 6-7 keping tauhu kering
* 5-6 biji bendi
* 1 biji tomato dipotong 4
* 1 biji cili hijau dibelah 2
* 2 ulas bawang putih dihiris halus
* 5 ulas bawang merah/1/2 biji bawang besar dimayang
*1 batang kayu manis
* 1 biji bunga lawang
* 2 1/2 sudu besar serbuk kari + 2 sudu air
* 1 keping asam keping
* Sedikit minyak untuk menumis


Cara memask
1- Panaskan minyak,masukkan kayu manis dan bunga lawang .goreng sebentar.Masukkan hirisan bawang dan goreng sampai terbit bau.Masukan pula rempah kari dan goreng lagi sampai terbit minyak.Masukkan garam dan gula dan kacau lagi.
2- Masukkan pula santan dan asam keping.Kacau selalu hingga santan mendidih.Masukkan ikan dalam 5 minit.Boleh lah dimasukan bendi dan cili hijau serta tomato.Biar kari mendidih beberapa ketika dan masukkan pula tauhu kering.
3- Kecilkan api.Rasalah asam garamnya.Boleh ditutup apinya bila kari nampak dah naik minyak.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info