Mama Dapat Award????? Award Apa??????




Salam malam.2 3 hari ni banyak blog yang mendapat award ya, termasuk lah dgn kita-kita sekali.Hati masih berbelah bagi mahu menerima atau tidak sebab kita tanya diri sendiri...LAYAK KAH AKU???? Biasanya award diberikan untuk menghargai tahap pencapaian seseorang individu dalam melakukan sesuatu perkara.
Sedangkan kita hanya lah seorang blogger bidan terjun yang saja-saja menulis blog resepi sebagai koleksi simpanan peribadi tampa menghitung how many followers or how many visitors. Honestly I just considered my self sebagai pelakon tambahan didunia blogger.
Tapi didunia blogger jugalah menemukan kita dengan beberapa org kawan baru .Sungguh best dan terharu (they know who they are).Award ini dgn besar hatinya P.Ros terima dari sue Rencah Kehidupan blog sebagai tanda menghargai tali persahabatan yang baru terjalin. Thank  you sue.
Tadi bila kita cakap dengan princess , I need to go and collect the award (nak ketempat letak laptop sebenarnya),kedua-duanya terkejut beruk dan bertanya ",mama dapat award????? award  apa???? "
"Blog mama dapat award ". "Biar betul mama..."kata mereka, sebenarnya mereka sendiri terkejut sebab tiada apa yang istimewa dalam blog mama mereka.Sekadar koleksi resepi yang dimasak untuk dia org makan dan disimpan untuk mereka gunakan bila tiba masanya.
Apa-apa pun. ".LIHAT LAH DUNIA AWARD INI AKU YANG PUNYA."
Sue nanti Kak Ros simpan award ni dlm alamari antik ya.

Sebenarnya menerima award ni pun ada syarat yang kena ikut ya
Syarat 1 - link balik pada pemberi award dah buat


Syarat 2 - Pengenalan diri (secara serba ringkas saja ya )
                *  Seorang ibu bekerja kepada 3 orang puteri dan ibu tiri kepada 60+ anak-anak diTadika ( Kita ni seorang pengetua garang + baik dan tegas ditadika hi hi hi, bukan apa terpaksa jadi ibu tiri untuk kebaikan mereka sendiri )
                *  I'am happy with my mixed marriage.Banyak belajar dari pertembungan 2 budaya (walau pun 1 negara budaya dan adat resam tetap berbeza)
               *  Punya suami (my laling ) yang sedikit pun tidak cerewet pasal makan.
                * kahwin pada usia yang agak muda dan dikurniakan 2 puteri (Viviana and Hirniyana),mana tahu 17 tahun selepas tu,dikala usia meniti keangka 40an (dah pecah rahsia) dikurniakan lagi seorang puteri( my little laling) .Ingatkan production hse dah tutup,rupanya ada lagi saki baki dot...dot...dot...
                * kita seorang kaki makan dan kaki masak....so baju dari saiz S....dah jadi M......pas tu  jadi L......after that jadi XL..... and then.....ada lagi ke??? takut.....
                * I'am a meat eater,tapi belum pernah makan orang dan tak teringin pun nak makan.(bukan dari keturunan jerung atau dari papua new geane )
               *  Sejak dari muda sampai ketua berangan nak gi belajar hiasan kek secara profesional...tapi tak pernah jadi dan tak pernah pergi sampai hari ni...Ada sapa-sapa nak sponsor tak?

Syarat 3- Forward this award to another 15 blogger (yang ni cop dulu,nak kena kumpul dan update later)


Akhir kata sekali lagi thank you sue dan semua followers serta sapa-sapa yang sudi jejak kaki kat dapur kita yang tak seberapa ni.
Pssssss...dah jenguk dapur jangan lupa jenguk anak-anak kita kat tadika ,link main blog kita kat atas tu ya.



Comments

Popular Posts