Mereka yang sudi.......

Tuesday, April 12, 2011

Ikan Tenggiri Goreng Berempah

Salam semua.Cerita pasal ikan belum selesai la.. kita tengah panas hati pasal ikan pari keluar pula cerita makan ikan patin kena bayar
RM13,000.Subahanallah....betul ke nawaitu tuan-tuan punya restoran ni?????Ada kah betul harga ikan semahal itu?? Rupanya bukan kita aja yang kena, blogger dari blog Izan  pun dah terkena cekik darah direstoran yang sama tapi branch puchong. Kerang ,ikan pari dan ikan patin rasanya adalah merupakan jenis-jenis makanan yang termasuk dlm golongan seafood yang tak mahal pun. Tapi mengapakah tuan-tuan restoran ni boleh sampai hati  mengenakan harga yang agak keterlaluan pada pelangan? Dia  orang ni agaknya melihat dunia hanya dengan mata ikan bukan mata hati, sebab tu dia orang jadi buta hati. 
Disebabkan crita ikan ni kita beli lagi ikan sebab nak makan puas-puas.Tapi bukan ikan pari,ikan yang mahal sikit dari ikan pari ..ikan tenggiri...he he he ..mahal ke??? Sebenarnya terliur tengok  ikan goreng kat dapur love 2 3 hari lepas so malam tadi kita pun masak lah ikan goreng yang simple ni (Semalam budak2 ada swimming lesson pukul 5 petang) so tak ada masa nak masak yang special2.Ikan ni senang dan sedap,makan dengan tumis air cendawan hitam. Menyelerakan sungguh.


Bahan-bahan 
* 3 keping ikan tenggiri
* 1/2 pekat rempah kari
* 2 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil kunyit serbuk
* 1 susu besar rempah kurma
* 1 sudu kecil serbuk ketumbar
* 1 sudu kechil serbuk jintan puti/manis
* 1 labu bawang besar di mayang
* 1 biji cili merah dipotong nipis
* 2 tangkai daun kar
* 3 ke 4 sudu besar tepung gandum
* Minyak secukupnya untuk mengoreng ikan
* boleh masukkan serbuk cili tapi hari ni kat dapur ni tak ada la!
Cara memasak
1- Bersihkan ikan dan sapu garam.Campur semua bahan rempah dan sapu pada ikan sampai rata.Perapkan dalam 1 atau 2 jam.Taburkan tepung gandum dan sapu rata sebelum mengoreng ikan
2 - Panaskan minyak, goreng ikan sampai garing.Ketepikan.
3 - Dalam kuali yang sama masukkan daun kari dan goreng sebentar.Masukkan pula bawang besar dan cili merah.goreng hingga terbit bau.Angkat dan taburkan diatas ikan tadi dan hidang kan bersama nasi panas.







3 comments:

  1. I like fried fishes with lots of onion! Sedapnya kak...nak join! :D

    ReplyDelete
  2. Hi love, kak ros teruja betul tengok yang love buat hari tu,sebab tu la kak ros pun nak goreng .Tapi guna aja apa-apa rempah yg ada kat dapur akak ni.Tak lengkap macam love punya.Janji sedap kan...

    ReplyDelete
  3. This is perfect kak! Drooling still...hehe! ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info