Mereka yang sudi.......

Wednesday, April 13, 2011

I Love Banana


  dah hilang sebiji sebab lepas keluar dari oven kita terus masuk mulut,lupa gambar belum ambil!

Salam malam. .Pisang dibeli pada hari minggu lepas dan dah terlebih masak pun. maka kita pun masuk dapur dengan niat nak buat lempeng pisang untuk makan petang tadi.Tengah rancak membancuh adunan datang la little laling demand nak buat kek.Katanya " mama you told me that I can help u when you make cake"(my promised to her is, she can help when ever I bake) but I'm not making a cake today and you cannot play with fire. " mama...emm..emmm (dah mula dah dia)  you said I can help you mama! Why are you like that mama? mama please la mama. I love banana la mama, I want to help you la.. mama ...pls la mama.(I know la you want to help me to sepahkan dapur....) Untuk mengelakkan suasana bising dan haru biru,maka kita pun  masuklah bilik stor cari sarang kek.Dan tara....baru teringat  bekas kek love shape yang dibeli masa sale hari tu. Dengan senang hati campur geram sikit-sikit (kalau nak cepat dgn dia jadi lagi lambat la..) maka kita beri lah bekas tu pada little laling .So kek ni boleh kata hasil kerja tangan dia juga la.Dari membancuh,masukkan dalam bekas sampailah ke makan.cuma masukkan dlm oven tu kerja kita la ya.Mintak maaf la resepi lempeng dah jadi kek.tapi tetap sedap. 
Bahan-bahannya
* 7 biji pisang berangan masak ranum
*  100 grm kelapa parut putih
* 1/2 cawan gula
* 2 biji telur
* 2 cawan gandum
* secubit garam
* 100grm butter dicairkan
* 1 sudu kechil baking powder
Cara memasak
1- Lenyek pisang dan gula hingga hancur .
2- Masukkan pula telur,kacau lagi.Campurkan gandum dan bahan-bahan yang lain.kacau sebati.
3- Masukkan kedalam acuan dan bakar dalam suhu 180 c selama lebih kurang 30 minit dan sehingga tepinya kelihatan garing.











4 comments:

  1. kak ros nak gelak guling2 ni menu kita serupa,baking pan pun SAMA memang sehati sejiwa hahahahah

    ReplyDelete
  2. ya la mie,betul la sehati sejiwa.Malam ni nak masak apa ya??? Boleh buat sama-sama lagi.

    ReplyDelete
  3. Amboiiii..Ada orang buat project perasmian nampak....Hampir serentak plak tuuu....patutlah wanginya sampai ke sini....

    ReplyDelete
  4. tinggal bau aja sue! Lepas keluardari oven dah habis separuh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info