Loh Mai Kai

Morning every one.I like to cook a brunch  kind of food for the weekend.And this is 1 of them.Makan ni waktu pagi  pun boleh ,waktu tengahari pun boleh.So dah makan french loaf yang kat bawah tu ,boleh la bedal yang ni pulak. One of my favorite chinese food but very the susah to get the halal one, unless somebody purposely cooked for you. Dah seminggu hati ni berkira-kira nak masak ni either sat or sun.Hari ni menjadi sempena doa selamat dapat award semalam..hi hi hi...boleh tak????
Loh Mai kai (bukan lu mai makan la...) it means Pulut ayam.Resepi asal Petsie Cheong for the pulut.But resepi ayam hak cipta sendiri.Boleh cuba jika suka,jom tengok resepi.

Untuk Pulut
resepi asal : Patsie Cheong

* 400 grm beras pulut
* 200 grm beras biasa
* 8oo ml air
* 3 tbsp minyak makan
* 3 tbsp serbuk lada putih(P.Ros guna 2 sudu saja)
* 2 tbsp chicken powder (P.Ros guna 1 kiub ayam)
* 2 tbsp kicap pekat
* 1 tbsp oyster sos (P.Ros masukkan 2 sudu)

Cara memasak pulut
1- Rendamkan campuran beras dan beras pulut selama 1jam.Toskan airnya.
2- Dalam 1 mangkuk,campurkan air bersama semua bahan-bahan diatas.kacau rata.
3- Panaskan alat pengukus.
4- Ambil dalam 3 senduk kecil air campuran kicap tadi dan gaul bersama beras pulut dan kukus selama 10 minit.Bila wap dah keluar ,siram dan kacau lagi pulut bersama campuran air tadi dan kukus semula.Lakukan proses ini sehingga campuran air habis dan pulut betul betul masak.Sebelum diangkat boleh lah masukkan dalam 3 sudu besar minyak makan kedalam pulut dan kacau rata.Tutup pengukus dan biarka 5 minit.Pulut dah siap.




Resepi Ayam 
resepi asal : P.Ros
Bahan-bahannya
* 5 ketul paha ayam dipotong kecil (they said daging paha ayam sweet and soft)
* 1/3 labu bawang besar dimayang.
* 2 ulas bawang putih potong kecil
* 6 biji cendawan cina direndam 1 jam (buang tangkai dan potong nipis)
* 2 sudu sos tiram
* 1 sudu kicap pekat manis
* 1 sudu kecil minyak bijan
* 1 bungkus udang kering
* garam secukup rasa.
cara memasak ayam
1- Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis kedua-dua bawang.Bila naik bau masukkan ayam.Kacau sebentar biar air ayam keluar.
2- Masukkan semua jenis sos dan garam kacau rata.Masukan pula cendawan dan minyak bijan.Kacau dan masak hingga daging ayam empuk.Angkat dan ketepikan(sos yang ada didalam ayam tadi boleh dicampur kedalam bancuhan air untuk menyiram pulut-jadi masak ayam sebelum memasak pulut.

Cara menghidang
1 - Masukkan kepingan cendawan dan daging ayam kedalam mangkuk kecil atau mangkuk pilihan.
2- Masukan pula pulut yang baru dimasak dan tekan biar kemas dan rata Biarkan seketika.Tuang pulut keatas pinggan sebelum dihidang dan tabur daun bawang jika suka.

p/s : Dengan campuran beras pulut dan nasi jadi pulut tu tak lah terlalu lemak dan puluti...(ada ke perkataan ni ? tapi choclaty ada kan?




Comments

  1. I likeeee ;)

    Dear, you've been awarded! Pls stop by to collect from me ya! ;)

    ReplyDelete
  2. hi love, Thank you very much for the award and thank you for making me feel so welcomed in this blogging world.

    ReplyDelete
  3. kak ros yg ni salah 1 link yg saya hutang dengan akak http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/04/macarons-and-step-by-step.html?spref=fb

    ReplyDelete
  4. Thank you mimi.Nanti kak ros nak cuba buat lah.

    ReplyDelete
  5. Assalam ka ros,
    pandainya kak rose masak lor mai kai..kita tahu masakan ni sebab selalu dulu my friend yang berbangsa cina selalu makan ni..
    wah mesti banyak juga recipe2 yang dulu kita tak boleh makan boleh kita makan sekarang sebab dah ada yang halal kan..thanks kak for sharing the recipe & thanks juga for the wishes for me tu..

    ReplyDelete
  6. ya lor ayu, sebenarnya banyak masakan cina yang kita berkenan tapi tak boleh makan kan.Dulu mak mertua ada lagi boleh lah dia ajar.Skarang dah tak ada,so tak ada la org nak mengajar.Ipar duai semua moden-moden blaka.masak-masak ni tak main.Tapi they all suka kalau kita masak dan panggil makan..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak...
    oo nie yer yg akak katakan tu.. a'aa ler kan... ermm nie ada bubuh beras biasa lg yer akak... yg nie diana belum perna lg cuba buat.. kalau bab2 gini mmg sedap kan akak... ada bubuh udang kering yer.. waaah lg ler tambah sedaaap tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts