Mereka yang sudi.......

Friday, April 15, 2011

Bunga Roti Mayo

Salam semua. Hidangan minum petang tadi. Pernah tengok seorang chef buat ni as a finger  food for children party.Dah tak ingat pun rancangan apa, memang dah lama betul.Masa tu chef tu potong roti dgn acuan bulat saiz kecil,Kali pertama P.Ros buat ni, roti yang sekeping tu dipotong 4 segi kecil saja.Tapi hari ni teringin nak buat flower shape.Bunga roti ni kena makan masa panas atau suam.Makanan-makanan yang berchis ni biasa la kalau dah sejuk kurang enak nanti jadinya dan kalau nak rasa manis masuk sedikit gula.Kalau nak rasa cheese yang ori tak payah la masukkan gula ya.P.Ros tak masukkan pun. Jom tengok bahan-bahan dan cara memasaknya.

Bahan-bahannya
* 4 keping High Five bread (roti apa-apa pun boleh la )
* 100 grm cheddar cheese
* 3 sudu kecil Mayonnaise
* 1 sudu kecil gila (optional)

Cara-cara memasak
1- Ambil sekeping roti dan potong mengikut acuan pilihan masing-masing.(P.Ros dapat 2 bunga besar dan 2 bunga kecil dari sekeping roti).
2- Campurkan cheese dan mayo serta gula (jika guna) sampai sebati.
3- Sapukan roti bersaiz besar dgn campuran cheese dan letakkan lapisan yang kecil diatas cheese tadi.Sapukan sedikit lagi campuran cheese diatas roti bersaiz kecil.Buatlah sampai habis.
4- Panas kan oven pada suhu 170 C dan bakar selama 15 minit atau sehingga cheese kelihatan perang.

2 comments:

  1. Kak Ros,
    wahhhhh simplenya reseipi..kanak-kanak mesti sukeee...sarapan pantas kala kesuntukan masa

    ReplyDelete
  2. ya sue,kanak-kanak suka ,mak kanak-kanak pun suka....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info