Marble Cheese Brownie

Salam.Sambil tengok akedemi fantasia malam tadi sambil godek-godek butter,gula ,cheese,telur dan gandum. Sebenarnya petang semalam agak malas dan angin yang datang sendiri (My teachers know what I mean) datang melanda diri.Sudahnya lepas dinner tak ada apa nak dikunyah.Suasana dalam rumah pun agak sunyi sebab the 2 chair-chair bawa little laling gi kai-kai kat IOI Mall.Sambil duduk-duduk depan Tv kita belek-belek buku masakan dan ternampak resepi yang agak senang ni.Barang pun semua ada dan yang penting tukang kacau pun tak ada.Jom tengok resepi. Resepi ni dari buku 85 Popular Classic Dishes.



Bahan-bahan Untuk Lapisan Coklat
* 80 grm tepung gandum
* 130grm coklat masakan
* 90 grm butter
* 110 grm gula halus
* 2 biji telur saiz besar
* secubit garam
* 90 grm walnut cincang
* 1 sudu kecil esen kopi (P.Ros tak masuk)

Bahan-bahan Untuk Lapisan Cheese 
* 80 grm butter
* 180 grm cream cheese (boleh kurangkan sikit jika suka)
* 50 grm gula halus
* 1 biji telur saiz besar
* 2 sudu besar tepung gandum
* 1 sudu kecil esen vanila 

Cara-cara menyediakan adunan coklat
1- Cairkan coklat masakan bersama butter secara double boiler. Setelah cair biarkan ia sejuk selama 10 minit.
2 - Pukul gula dan telur sehingga kembang.Tambah gandum dan garam.Campurkan coklat masakan dan kacau sebati.Masukkan pula kacang walnut dan kaub balikan.
Cara menyediakan adunan cheese
1- Pukul butter,cream cheese,telur dan gula hingga gebu dan halus.Masukkan gandum dan esen vanila.Pukul lagi hingga gebu.

cara memasak
1- Sapukan sedikit butter pada baking tray berukuran 23cm x 23cm (P.Ros guna mangkuk kaca tahan panas ).Masukkan separuh adunan coklat dan ratakan.
2 - Sudukan adunan cheese setompok setompok keatas adunan coklat.Gunakan pisau atau chopstick untuk membuat pusingan atau lakaran pada adunan cheese dan choklat.
3 - Masukkan pula lebihan adunan coklat dan ratakan.Bakar dengan suhu 180 c selama 25 ke 30 minit.


Update: Makan selepas dimasak agak sedap,tapi makan selepas 2 hari dimasak memang teramat sedap.









Comments

Popular Posts