Mereka yang sudi.......

Sunday, April 3, 2011

Sandwich Roti Arab

Salam pagi.Nikmatnya minum pagi dgn kopi dan sandwich roti arab Sebenarnya inti pogaca(campuran cheddar,mozarella dan parsly) semalam ada sikit lagi dan hari ni P.Ros tambahkan 2 sudu besar mayonis kedalamnya.kebetulan dalam peti ada 3 keping beef pastrami.P.Ros potong kecil dan campur bersama 3 biji telur.garam dam lada sulah.Campuran telur tu dibuat 3 biji telur dadar.P.Ros gunakan 3 biji roti arab untuk sandwich ni.
Potong roti arab menjadi 2 keping.Bahagian bawah disapu campuran cheese dan parsly.Masukkan roti kedalam oven.Bila cheese dah cair keluarkan dan letak beberapa keping letuce atau apa-apa sayur pilihan diikuti telur dadar dan tabur sedikit cheese diatas telur.Tutup sandwich dgn belahan roti yang kedua.Masukkan kedalam oven dan bakar hingga bahagian atasnya garing.Keluarkan sandwich dari oven dan tekan sandwich (P.Ros guna belakang periuk sama saiz dgn roti arab)Masukkan semula kedalam oven untuk 3 minit.Keluarkan dan potong sandwich.Makan lah masa panas.
Sorry ya bahan resepi dah jadi satu cerita panjang.Tak apalah kita tukar selera cara penulisan sekali-sekala.Cuba lah buat...memang sedap.

2 comments:

  1. kak ros looks yummy ,kalau makan ni kenyangkan ,tp kalau sy perut cap beras ni nak nasik jugak heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info