Mereka yang sudi.......

Saturday, April 2, 2011

Daging Hitam Berempah aka Daging Kandar

Salam to all. Masak daging ni for dinner last night.Niat hati nak makan dgn nasi tapi buat lencongan makan dengan roti arab pulak.Kebetulan gi giant nak beli baking tray yang dikirim adik baru kita chik mimi nun dipenang.Sambil lenggang lenggok berjalan, ternampak la pula roti arab ni.Pernah tengok resepi daging ni  di beberapa blog.Ada yang namakan daging hitam berempah dan ada yang kata daging kandar so kita guna kedua-dua nama tu sebab bila diperhatikan bahan-bahannya macam lebih kurang sama.P.Ros pun nak cuba lah juga dan CNP resepi ni dari TryMasak.Thank you untuk semua sekali,termasuk lah kayu nasi kandar..hi hi hi (1 of the kayu nasi kandar brother is 1 of my family close friends - love u Mas and Subuh ) Daging ni memang sedap. Laling I kata "lain kali boleh tambah spies lagi tak"?Boleh..., mintak kerja kat kayu nasi Kandar dan korek resepi skali...Boleh ling???????


Daging hitam berempah
 Source : TryMasak
 
1) Daging - dipotong kiub (500g)
2) Bawang Besar (2 biji)
3) Halia (1 inci)
4) Kayu Manis (1 batang)
5) Serbuk Jintan Manis (1 sudu besar)
6) Serbuk Lada Putih (1 sudu kecil)
7) Serbuk Kari Daging (2 sudu besar) P.Ros guna 1 1/2 packet
8) Serbuk Jintan Putih (1 sudu besar)
9) Minyak Sapi (1 1/2 sudu besar)
10) Minyak Masak (2 sudu besar)
11) Sos Cili (1/4 cawan) P.Ros guna 2 sudu besar
12) Tomato Puri (1/4 cawan) P.Ros guna 2 sudu besar
13) Pes Cili (1/2 cawan) tak letak
14) Kicap Pekat (4 sudu besar) P.Ros guna 3 sudu kicapekat + 1 sudu kicap manis
15) Gula (1 sudu kecil)
16) Garam (secukup rasa)
1 tangkai daun kari 


Directions
Kisar hancur bawang besar dan halia bersama sedikit air.

Panaskan kuali dan masukkan minyak dengan rempah ratus. Tumis seketika hingga wangi.

Apabila naik bau, cairkan minyak sapi. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar dan pes cili.

Kacau rata dan masukkan gula.

Reneh hingga pecah minyak dan masukkan daging, sos cili, tomato puri, kicap dan sedikit garam.

Masukkan daun kari.

Masak di atas api kecil supaya daging meresap sebati bersama semua rasa.

Biarkan hingga kuahnya kering dan daging empuk, sebelum dihidang.

P/s : P.Ros rebus dulu daging tu dengan 5 cawan air dan bila rempah semua dah garing ,P.Ros masukkan daging bersama airnya sekali.Masak sampai air kering dan kuah pekat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info