Tauhu Udang



Salam makan malam. Tauhu kering ni kat dalam peti dah dekat 1 minggu.Kalau tak masak jugak lagi 2 3 hari mesti berkulat (walau pun diletak dalam peti ais). Kebetulan ada udang, niat hati nak buat otak-otak dan masukkan dalam tauhu ni,tapi tak ada isi ikan la pulak.So tukar idea pada tauhu  udang saja lah.Lain kali gi pasar kena pastikan beli isi ikan. Tauhu ni sebenarnya boleh dikukus jika mahu.Tapi hari ni P.Ros goreng saja.Sedap sunngah dihidang bersama Thai cili sos.Boleh dimakan begitu saja tampa nasi jika suka.Jom tengok resepi.
Bahan-bahannya
* 10 keping tauhu kering bentuk 4 segi tepat.
* 10 ekor udang sederhana besar dicuci bersih dan buang kepalanya
* 2 tangkai daun kesum hiris halus
* 1/2 helai daun kunyit dihiris halus
* 1 tangkai daun pasli dihiris halus
* 1/2 biji bawang besar dimayang nipis
* 1 biji cili merah potong halus (boleh guna cili padi jika suka)
* 3 biji telur
* Garam secukup rasa
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 2 cawan minyak masak




Cara memasak
1- Buat lubang memanjang diatas permukaan tauhu (guna gunting) Korek keluar sedikit isinya
2- Dalam mangkuk kocok telur bersama garam dan lada sulah.Masukan pula bahan-bahan yang dihiris tadi.Kacau sebati.
3- Masukkan 1 sudu kecil bancuhan telur kedalam tauhu dan letakkan seekor udang.Masukan lagi dalam 3 sudu bancuhan telur sehingga permukaan tauhu kelihatan penuh.(jangan bimbang bila nampak telur meresap kedalam tauhu dan kelihatan seperti kering)Buat lah sampai habis.Jika ada lebihan telur yang mengalir keluar dalam pinggan,masukan semula kedalam tauhu.
4- Panaskan minyak dengan api sederhana.masukkan sebiji tauhu secara perlahan.Gunakan 2 batang sudip.1 untuk menekan tauhu dan satu lagi untuk menyeduk minyak panas ( lakukan dengan cepat) dan siram keatas tauhu agar telur cepat masak.Bila telur diatas tauhu kelihatan masak,boleh lah balik-balikkan tauhu sehingga garing di semua bahagian.
5 - Masak lah sebiji-sebiji sampai habis.Siap untuk dihidang.
6- Mesti cuba sebab sedap!

bahan-bahan



Comments

  1. suka laa resepi2 akk best2 nak tryy laa heheh..tq akk sudi share..mohon ambil sgala resepi untuk di cuba yerk kak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts