Mereka yang sudi.......

Sunday, April 17, 2011

Oreo Cheesecake Cupcakes

salam semua.Ini adalah salah satu project hujung minggu bersama little laling.She is so happy when I told her that we are making a cake today.50% of this project is done by her, (I just prepared the cheese mixture and putting the tray in the oven),Tapi hari ni dia tak benarkan gambarnya diambil sebab tak berbaju.Tak tahu knapa tak nak pakai baju so malu la nak tunjuk perutnya yang agak boroi ! (dia memang suka makan). so kita snap saja lah gambar jari jemarinya yang montok tu.Cupcake yang memang sedap dan lembut walau pun tampa disimpan dalam peti sejuk.(keluar dari oven semua terus ngap masuk mulut (tak sayang lidah la tu).Yang tak bestnya little laling tetap korek dan makan oreo saja! Nak kena budak ni........
Resepi copy and paste dari  blog Doc Inahar. Thank u dan minta izin ya doc.Terima kasih juga pada citarasawan.

Oreo Cheesecake Cupcake
sumber: resipi citarasawan
copy paste from: Inahar''s cooking Time

 
Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster (tak masuk sebab P.Rose guna filling asal dari biskut oreo)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

50gm serbuk oreo (P.Ros hancurkan dan tapis seperti menapis gandum)
1 sudubesar tepung (kita tambah) (P.Ros pun masukkan)

Hiasan : Serbuk oreo secukupnya (kita guna kepingan oreo jek) (P.Ros pun)


Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di dalamnya sebagai base (dasar). Ketepikan dahulu.
2. Putar cream cheese, mentega, gula (filling asal oreo semua sekali) dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul. Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya. Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.(P.Ros guna sudu aja)
4. Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo (P.Ros letak  1 keping biskut oreo) dan bakar selama 20-25 minit (ini bergantung pada oven masing2). Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.




4 comments:

  1. salam k.rose..wah nmpak oreo ciscupkek ni rasa cam nk wat lg lak..hehe!sebelum tu kita kenen dulu 2 ketui kt sini..yummmyy!!

    ReplyDelete
  2. hai inahar.cuba buat tampa guka pula,ganti dgn filling oreo.Sedap....

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ros..
    Ha ha ha ha.Dolu2 bukan maain lagi saya ambik resipi ni buh dalam senarai, tapi sampai sekarang pun serunya belum sampai.....(alasan orang malas)

    ReplyDelete
  4. Buat la sue sedap.gunakan semula filling dia lembut jadinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info