Mereka yang sudi.......

Tuesday, February 15, 2011

Spaghetti Kuah Putih

Hai semua..Menu makan malam yang simple.Kalau tak payah tumbuk menumbuk atau banyak potong memotong tu kira simple la ya.Malam ni masak spaghetti kuah putih bersama ikan dory. Sebenarnya nak balas dendam sebab tak cukup masa makan ni kat rest Breek last week. Order 1 set Little laling ngap sampai habis,kita dapat jilat kuah yang ada kat sudu aja.Selalunya macam tu lah apa yang kita order itulah yang dia akan makan dan apa yang dia order dia suruh kita makan.Tang ni memang buat the 2 Chair-chair naik angin(kerusi ke?) ha...ha.. ha..masa tulis ni my laling ada sebelah so secara spontan  I tanya how to spell kakak in chinese dan secara selambanya dia jawab Chair-Chair?????????hai yak laling.....susah la kahwin cina yang tak brapa practise cakap cina ni!
Apa-apa pun resepi ni tak ada la setanding kat restoran tu, tapi sedap la untuk tekak kita. Jom layar..


Bahan-bahannya
* 1/2 Spaghetti direbus
* 3 keping ikan dory dipotong sederhana besar
* 2oo ml cream
* 3 cawan susu segar
* 1/2 labu bawang putih potong dadu
* 2 sudu besar butter
* 2 sudu besar tepung gandum
* 1 biji telur di pukul sedikit
* 1 sudu kecil dhil
* 1 sudu kecil oregano
* 1 Packet cheese (Pilihan sendiri) guna sebanyak mana yang disukai saja.
* garam dan lada sulah secukup rasa


Cara memasak
1- Panaskan butter atas api yang sederhana dan masukkan bawang besar.Goreng hingga terbit bau.Masukkan pula tepung gandum dan kacau sekejap.
2- Masukkan susu dan cream.Kacau selalu supaya susu tak mendidih dan membuak.Bila susu dak nampak panas, masukkan potongan ikan.kacau seketika dan biar kuah mendidih sekejap.
3-Kechilkan api dan masukkan telur dan dikacau lagi.masukkan serbuk oregano dan dhil.Tambah 1 sudu garam dan serbuk lada sulah.
4- Tutup api dan masukkan cheese.kacau sampai cheese larut dalam kuah yang panas tadi (cheese bergantung pada kepekatan kuah yang disukai).Tambah garam jika perlu.











2 comments:

  1. Salam momo, dhil tu pun salah satu rempah yang mak saleh suka guna.Tak ada tak apa.Masukkan basil flake pun boleh (boleh beli kat supermarket or kedai kek).

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info