Mereka yang sudi.......

Sunday, February 6, 2011

Kueh Bakul Goreng Keladi (Ning Ko)

Salam pagi.This is one of the recipe that I learned from my late mom-inlaw.Kat kampung we all call this kueh bakul. Masa kecik2 kat kpg kalau raya cina memang banyak la benda ni kat rumah,pemberian nebor-nebor.Dulu-dulu kita makan macam tu aja,sana-sini org bagi kueh bakul.Now dah besar eh... dah tua dah kahwin pula dgn laling baru la tahu rupanya boleh diimprovisekan cara memasak dan memakannya.Skarang nak makan kueh bakul kenala beli, tapi mak ooi...harganya terkejut arnab kita dibuatnya.1 biji yang kecil harganya RM7.90.Mak datuk dulu dapat free aja.Skarang ni ada ke benda free dlm dunia ni????
Apa-apa pun  pagi-pagi makan ni masa panas dan minum kopi ,wah memang nikmat.....but little laling said ,mama i dont like this...not nice.....sabar aja la pagi-pagi ni.Maka terkial-kial la buat breakfast lain untuk dia.Jom makan.
bahan-bahannya
1/2 biji kueh bakul -potong nipis
1 biji keladi sederhana besar potong nipis
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 cawan air guna sebanyak yang diperlukan
secubit kapur sireh
Minyak masak secukupnya untuk goreng terendam 
Cara memasak
1- Dalam mangkuk campurkan gandum,tepung beras ,garam, kapur dan kunyit serbuk.Masukkan air sedikit demi sedikit.Kacau hingga semuanya larut dan jadi seperti tepung goreng pisang.
2- Tapiskan bancuhan tepung tadi kedalam mangkuk yang bersih.dan kacau sebati.
3- Panaskan minyak.Ambil 2 keping hirisan keladi dan letakkan 1 keping hirisan kueh bakul ditengahnya.Celup keladi kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing dan kuning keperangan.Angkat dan toskan minyaknya .


 cara dia org masak kueh bakul ni lebih kurang sama la dgn kita masak dodol.Skarang kat supermarket kita boleh tengok kueh bakul yang dijual dalam mangkuk plastik.Tapi P.Ros tetap cari yang dimasak dalam daun pisang.baru wangi baunya dan more traditional.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info