Tuna Quiche

Salam semua.Dah 2 3 hari tak update blog.Memang terlebih malas.Asyik makan kat luar aja.Tapi malam ni terlebih rajin pulak.Buat 2 resepi skali gus.Tengahari tadi makan nasi ayam,malam tadi makan nasi briani.Laling tanya tonight nasi lagi ke???????? So I decided to cook this simple tuna quiche and boxing chicken for diner tonight.Jom layar resepi ni.

Bahan-bahan untuk shortcrust pastry
* 1 cawan tepung gandum
* 120 grm butter sejuk (dari dalam peti)
* 1 biji telur gred A dipukul sedikit (P.Ros guna separuh saja)
Cara-caranya
1- Campurkan gandum, dan butter dalam mangkuk.Dengan mengunakan hujung cari ramas butter dan gandum sampai jadi breadcrum.Masukkan telur dan gaul sampai menjadi doh. Sekiranya doh agak lembik selepas dimasukkan telur,tambah sedikit gandum supaya doh tak melekat dijari.Bungkus dalam plastik dan simpan dalam peti selama 20 minit.
2 - Selepas 20 minit keluarkan doh dan masukkan dlm Quiche pan.Tekan adunan agar sama rata dan sama tebal.Buat lubang pada seluruh adunan dengan garpu dan masukkan quice pan kedalam peti selama 20 minit lagi.
Sementara menunggu dough didalam peti bolehlah sediakan bahan-bahan untuk filling.

                                                Our diner tonight
Bahan Filling
* 1 cawan susu segar atau cream
* 1 tin tuna dlm air( hancurkan isi tuna dan pastikan airnya betul-betul kering )
* 3 keping chicken meatloaf yang dimasak dlm microwave sekejap dan dipotong dadu (Tak nak masukkan pun tak apa)
* 3 biji telur
* 10 batang daun kucai dihiris halus
* 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* 1/2 tin cendawan butang dipotong nipis 
* 1 cawan cheddar or parmesan cheese
* sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
Cara buat filling
1- Campurkan susu dan telur dan pukul sebati.
2- Masukkan semua bahan lain dan kacau rata.ketepikan.
Cara memasak quiche
1- Panaskan oven dgn kepanasan 200 c.
2- Keluarkan quiche pan dari peti dan letak kertas minyak atau perchment paper diatasnya.Letak kacang hijau/merah diatas kertas dan bakar quiche selama 20 minit.Keluarkan kertas dan kacang.Bakar lagi selama 3 ke 4 minit,jangan sampai menjadi perang.
3- Keluarkan quiche dari oven dan tuangkan filling kedalamnya.Bakar lagi dalam 30 minit atau bahagian atas filling kelihatan perang dan masak.Biarkan sejuk sekejap sebelum dipotong dan dihidang.





































Comments

Post a Comment

Popular Posts