Ikan goreng bumbu air asam
Salam makan malam.Puan ros pernah masukkan resepi ni dulu,cuma yang ni tambah sana sikit sini sikit.Malam ni terasa pula nak makan yang masam-masam.Hidang dengan nasi dan tumis labu air yang ditambah tofu lembut kedalamnya.Ini favorite my laling.
Bahan-bahannya
* 4 ekor ikan kembong
* 3 batang serai-potong halus
* 1 biji cili merah- potong halus
* 10 biji cili padi- potong halus
* 1 labu bawang besar warna merah/6 biji bawang merah
* Halia sebesar ibu jari - dipotong nipis dan memanjang
* 2 ulas bawang putih- dicincang halus
* 1 sudu besar pes asam jawa jenama adabi
* 1 mangkuk kecil air
* 1 sudu besar gula
* garam secukup rasa jika perlu
* sedikit kunyit serbuk
Cara memasak
1- Cuci ikan bersih-bersih.Gaul bersama kunyit dan garam.Biarkan sebentar dan goreng ikan hingga garing.Angkat dan ketepikan.
2- Buangkan separuh minyak goreng ikan tadi dan masukkan bahan-bahan yang dihiris halus tadi. Goreng hingga terbit bau dan agak garing.
3- Campur pes asam jawa dan air.Masukkan kedalam kuali.Goreng lagi hingga mendidih.masukan 1/2 sudu gula.Rasa masam manisnya.Tambah apa yang perlu (gula atau pes asam jawa) ikut cita rasa.Biarkan sos mendidih dan sedikit kering.masukkan ikan dan kacau rata.Tutup api dan angkat.Hidang bersama nasi putih.
p/s ini resipi malam khamis ,hari ni baru dapat update.

Comments
Post a Comment