Mereka yang sudi.......

Thursday, February 24, 2011

Boxing Chicken


Salam semua.Hidangan ni Puan Ros hidang bersama tuna quiche .Agak senang membuatnya.
 Bahan-bahannya
  * 14 keping Drumet Ayam
  * Tepung Jagung (2 sudu besar)
  * Serbuk Roti (1 cawan)
  * 1/2 biji telur dipukul bersama 2 sudu besar susu segar atau guna 1 biji terus(P.Ros guna telur dan susu)
  * 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  *  Garam secukup rasa


Bahan sos

* 1 sudu besar mayo
* 1 1/2 sudu besar cili sos
* 1 sudu besar tomato sos
Campur semua bahan dalam mangkuk dan hidangkan

Cara-cara memasak ayam
1- Bersih dan Kikis isi ayam ke bahagian bawah tanpa memisahkannnya dari tulang. 
2- Campurkan ayam bersama garam, lada hitam, tepung jagung, telur, dan serbuk roti. Biarkan selama 15 ke 20 minit sebelum digoreng.
3- Panaskan minyak masak dan pegang bahagian tulang ayam dan bulatkan sedikat bahagian bawahnya.masukkan kedalam minyak secara perlahan dan goreng sampai garing.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info