Mereka yang sudi.......

Saturday, February 19, 2011

Baked Potato pancake

Salam semua.Ini Breakfast pagi tadi sebelum gi Mydin kita sempat masak ni dulu.Nasib pula hari ni pagi-pagi pergi Mydin tiba-tiba nampak Aznil duk tercangut kat depan Mydin ,sesi jumpa peminat.Nasib baik baru pukul 9 pagi, belum ramai org lagi, dapat la little laling bersalaman dgn pakcik tom-tom bak tu.Suka la dia,on the way back dia tanya ,mama do u think Aznil will remember me aah after this?(Never thought she will ask that kind of question).Of course... you already told him your name kan??? or he will remember u as a little girl with the hairband on the forehead (Kalau pakai hairband mesti atas dahi)ok la tu janji dia ingat ya little laling.Now kita layar resepi pulak ya..


Bahan-bahanya
* 5-6 biji kentang bersaiz kecil - diparut
* 1 biji carrot - diparut
* 1/2 biji bawang besar  - diparut
* 1 mangkuk kecil potongan daun bawang dan capsicum merah
* 3 biji telur gred c
* 6 keping chiken meat loaf dipotong dadu atau boleh diganti dgn minced chicken or beef
* 4-5 sudu besar tepung gandum  (tengok kepekatan adunan ketika membancuh) 
* 1 keping chicken stock.

Cara memasak
1- Kentang dan carrot yang diparut disatukan.Perah keluar airnya seperti memerah santan kelapa.Perah keluar sebanyak mungkin airnya.
2- Dalam mangkuk campur kentang,carrot dan semua bahan sayuran.Kacau sebati.Hancurkan serbuk pati ayam dan gaul lagi.
3- Telur dipukul sedikit dan campurkan kedalam adunan tadi.Masukkan pula chicken meatloaf dan tepung gandum.Kacau biar semua bahan sebati.(tak payah masuk garam sebab chicken meatloaf dan pati ayam dah ada perasa)
4- Sapu sedikit minyak pada dulang pembakar dan Ambil segengam adunan dan letakkan diatas dulang.Tekan dgn penekan burger biar dia menjadi leper dan agak bulat.Buat la sampai habis adunan.
5- Bakar pancake dgn kepanasan 220c selama 20 minit dan turunkan suhu ke 180c,bakar lagi dalam 10 minit atau lebih dan pastikan tepi pancake betul-betul garing dan crispy.
6- Boleh dimakan begitu saja atau dihidang bersama sos cili dan mayo.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info