Hari jadi yang bukan hari jadi

Salam makan-makan.Sebenarnya Sebelum CNY lagi Puan Ros teringin nak buat kek ni.Tak tahu knapa asyik tak jadi aja.Dah lama tengok kek ni kak dapur hanamemories.Hari ni dah sampai seru agaknya menjadi pula kek ni.Tapi mak datuk..bila dah siap masak ada orang claimed hari ni hari jadi dia.Dia dah buat announcement later ada party hari jadi untuknya.Nak tak nak hias la kek tu sikit.Nasib baik ada lilin,dia siap kira cukup tak 6 batang.Kalau tak mesti ada org kena paksa gi kedai...Nak ooi your bday in June la! Tiup la lilin tu,janji bahagia.Dah nyanyi lagu bday dan tiup lilin,kena paksa makan kek pula.Walau pun semua masih kekenyangan lepas diner terpaksa la makan kek tu.makan jangan tak makan,nanti bising satu rumah dibuatnya.Jom layar resipi yang dicopy and paste ni.


RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA
source :
kak.noormasri@coretandaridapur

Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje(P.Ros pun)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde(Ni P.Ros tak letak) 
      • semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender
(tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga-P.Ros pun
  

Cara-cara
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.  
  • Untuk coklat topping 
    200grm cooking coklat dicampur dgn 3 sudu besar fresh milk.Puan Ros masukkan saja dlm microwave untuk beberapa saat.Keluarkan dan kacau sebati.Tuang aja atas kek dan buat garisan dgn garpu.Dah siap.

Comments

Popular Posts