Sardine Bun

Morning everyone.Sardine bun for breakfast today, and i want to tell those with the oven have to try to bake this.This bread is wonderful.Crispy outside and very soft inside. I've got this basic sweet dough from Doc Inahar blog and she got it from CMG and mamafahmi blog.Thanks all for sharing.The dough made 16 wonderful buns. Macam tak cukup aja........ But the sardine filling is my own recipe.
Today my laling having a very bad flu. So cannot really taste the bun....Poor laling.Esok dah nak raya la laling........Orang nak datang raya tuan rumah pulak demam...hai ya......Puan Ros pun nak cepat ni nak gi beli udang and ikan to cook for new year lunch esok. C u.......



Basic Sweet Dough
Bahan-Bahannya :-)
  • 400 g tepung roti (high-protein flour)
  • 1 biji telur gred A
  • 4 gm bread improver
  • 5 gm gluten (P.Ros guna bread softener)
  • 80 gm gula halus
  • 11 gm instant yeast
  • 6 gram garam
  • 190 ml air 
  • 30 gm mentega
  • 30 mg shortening
Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah shortening dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
  2. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
UNTUK BUN SARDINE :-
  1. Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan.
  2. Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
  3. Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti.
  4. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
UNTUK INTI SARDINE
       1- Hancurkan 1 tin sardin (Saiz sederhana).
       2- Panaskan 1 sudu besar  minyak masak.Tumis 1/2 biji bawang besatr yang dipotong dadu bersama 2 ulas bawang   putih juga dipotong halus.
      3- Masukkan 1 sudu kecil rempah kari dan goreng hingga terbit bau. Masukkan sardine.Kacau sebati.Masukan hirisan potongan cili merah. Kacau lagi.
      4- Masukkan secubit garam dan sedikit lada hitan hancur.Kacau sebentar angkat dan biarkan sejuk.

Comments

Popular Posts