Mereka yang sudi.......

Saturday, February 26, 2011

Fried Dumpling / Dumpling Soup

Salam makan tengahari.Pagi tadi kita mengepau tapi pau kita jadi bersepai dan kena tapau.Tak tahu knapa tangan ni pantang buat pau,mesti tak brapa nak naik dan gebu.Lepas tu pikir apa nak masak for lunch,Buka peti dan nampak kulit wantan.Dah 2 minggu rasanya beli kulit wantan ni.So terjadilah fried wantan/dumpling dengan apa-apa aje yang ada dalam peti untuk bahan inti.Separuh dumpling di goreng dan separuh dibuat soup. Hari ni nak tulis pasal buat dumpling saja dan bukan pasal soup.Sebenarnya P.Ros buat beef kuewtiau soup dan masukkan dumpling kedalamnya.Resepi soup tu lain kali ya.Hari ni Puan Ros guna sarang untuk buat dumpling ni.Tak ada sarang tak apa, buat aja macam nak buat karipap.

Bahan-bahannya

* 1 bungkus Wantan 
* 200 grm minced chicken atau 100 grm ayam + 100 grm isi udang yang dicincang
* 1 biji arrow head di parut (kebetulan nampak 3 biji benda tu dalam peti) kalau tak ada tak payah masuk
* 1biji Lobak Merah diparut
* 1 tangkai daun bawang
* 1biji cendawan hitam yang direndam air panas dan dipotong halus
* 1sudu kecil Serbuk Lada Hitam 
* 1 sudu kecil minyak bijan
* garam secukup rasa 
* sedikit tepung jangung dicampur sedikit air untuk buat gam

Cara-caranya
1- Dalam mangkuk campurkan semua bahan kecuali kulit wantan.
2-Ambil sekeping kulit wantan dan letakkan atas sarangnya. Letakkan  pula inti atas kulit wantan.
3-Sapukan sedikit tepung jagung untuk melekatkan bahagian tepinya dan tutup sarang wantan dan tekan kemas-kemas dan pastikan tepinya juga tertutup kemas.
4-Goreng dumpling hingga garing keemasan atau masukkan kedalam soup.Jangan rendam dumpling terlalu lama nanti kembang pula.
5-Hidang dumpling goreng bersama sos.

1 comment:

  1. Terima kasih Pn.Ros..sedaapnya dumpling tu..dah tertelan air lior ma! Hari tu Nekcik buat Mochi..selalu tengok kat pasar malam Cina tu..teringin lak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info