Butter Prawn

Salam semua.Hari ni adalah 1 hari yang malas.Pagi tadi masak cucur bilis aja and afternoon they bought nasi ayam for lunch.Tonight for diner kena masak kot.malam tadi pun dah diner kat rest.Sambil tengok tv tiba-tiba teringat juadah2 yang dimasak untuk CNY hari tu belum pun masukkan N3 nya. Lagi pun salah 1 sebab blog ni tercipta adalah untuk jadi tempat rujukan for the 2 princess in future.So I must make sure  I keep this recipe as this is 1 of their favorite food.

Bahan-bahannya
* 20 ekor udang
*4 biji kuning telur
* 1 biji putih telur
* 2 sudu besar butter
* 3 ulas bawang putih potong halus
* 10 biji cili padi merah dan putih potong halus
* 2 tangkai daun kari
* 2 sudu tepung jagung
* 2 sudu besar rempah kari
* 1 sudu besar gula/susu pekat
* sedikit lada sulah
* 1/2 cawan minyak
* 1 sudu garam


Cara memasak
1- Cuci udang dan potong janggutnya.Perap udang bersama putih telur,rempah kari ,garam,lada sulah dan tepung jagung selama 1/2 jam.
2- Panaskan 4 sudu makan minyak masak bersama 1 sudu besar butter.Masukkan udang dan goreng sampai udang bertukar merah dan agak masak.Angkat dan ketepikan.
3- Dalam kuali yang sama tambah minyak dan butter.Bila minyak panas masukkan bawang putih.cili padi dan daun kari.Goreng sebentar.Bila terbit bau masukkan kuning telur yang telah di pukul bersama gula atau susu pekat.Semasa telur dimasukkan kedalam kuali pastikan tangan yang lagi 1 mengacau telur dengan laju.Goreng hingga bahan berbuih dan masukkan semula udang kedalam kuali.Kacau sebati hinnga telur agak garing.Rasa sedikit sebelum diangkat.Tambah garam jika perlu.Angkat dan toskan sekejap diatas kitchen roll.
4- Hidang bersama nasi panas.







Comments

Popular Posts