Mereka yang sudi.......

Friday, February 18, 2011

Ayam goreng kurma


Salam semua.Ini lah ayam yang ditinggalkan dalam sinki semalam.Nasib baik sempat juga godek-godekkan ayam goreng yang sempoi ni.Makan dengan nasi lemak.Berbaloi-baloi la jugak.....Semalam kita dah mengomel panjang,hari ni pendek dah la ya.


Bahan-bahannya
*10 -12 keping paha ayam
*2 sudu besar rempah kurma
*1 sudu kechil rempah kari/serbuk cili
* sudu kecil ketubar
* sudu kecil jintan manis/putih
* 1 sudu besar garam(kurangkan jika suka)
* 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
* 3 sudu besar tepung gandum


Cara memasak
1- Cuci bersih ayam.Masukkan kedalam periuk.Tutup periuk dan rebus ayam tampa air dengan api sederhana(saja P.Ros rebus dulu takut masa goreng nanti kat luar dah garing tapi dalam belum masak)Balik-balikkan ayam , bila ayam dah nampak separuh masak tutup api.Angkat periuk dan masukkan air sejuk kedalam periuk dan buang airnya (ini pula untuk buang darah-darah yang keluar dari ayam jika ada.Biarkan ayam sejuk sedikit.
2- Masukkan semua bahan-bahan rempah dan garam.Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul rata.Biarkan ayam dalam 1/2 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info