Mereka yang sudi.......

Sunday, February 20, 2011

Beef Enchilada

S

 Salam makan malam.Well two nights in a row we have western food for diner.Last night we have baked chicken with potato and vegetables.To night is this enchiladas.Teringat masa  kat USA bertahun-tahun dulu kot.Anyway for lunch tadi we all makan nasi goreng kampung.So kami masih tetap org kpg walau pun laling kita pure city boy (KL mari) , tapi hati dia selalu kat kampung.Caya la....anyway enchiladas ni lebih kurang sama dgn buat lasagna.Kebanyakan resepi tak guna sos putih tapi hari ni P.Ros nak buat sos putih. jom zasss resepi ni..


Bahan-bahannya
* 10 keping tortilla (boleh beli kat pasarraya bahagian roti)
* 1 tiub minced beef
* 1 botol sos sphagetti (jenama kimball)
* 1 labu bawang besar.
* sedikit minyak untuk menumis
* 1/2 botol air panas (guna botol sos yang sama)
* 3 sudu besar sos cili
* 1/2 sudu besar gula (untuk hilangkan sikit rasa masam sos)
*1 packet cheddar cheese
*1 packet mozarella cheese

Bahan untuk sos putih
* 3 cawan susu segar
* 4 sudu besar butter
* 3 sudu besar gandum
* secubit lada putih(tak nak masuk pun tak apa)
cara memasak sos putih
1- Panaskan butter dan masukkan tepung gandum.Kacau jangan sampai hangus.
2- Masukkan susu sedikit-sedikit dan kacau seabati diatas api sederhana panas.Biar sampai sos mendidih sekejap dan tutup api.Masukkan 2 sudu cheddar dan 2 sudu mozarella cheese. Angkat dan sejukkan (sos ni boleh dibuat lebih awal).
(tak payah masukkan garam sebab dah ada cheese).
Cara memasakdaging
1- Panaskan 2 sudu besar minyak masak,dan masukkan bawang besar.Goreng sampai terbit bau.
2- Masukkan daging dan goreng sampai masak dan airnya kering.Angkat dan sejukkan.(tak payah masuk garam sebab sos dah ada perasa dan cheese pun dah masin).
Cara memasak enchiladas
1- Dalam mangkuk besar tuang sos, masukkan 1/2 botol air panas dan campurkan dalam sos tadi.Tambah 3 sudu cili sos dan gula.Kacau rata.
2- Ambil sekeping tortilla dan masukkan kedalam sos tadi,Biar tortillas dibasahi sos.Letakkan tortilla dalam pinggan,letakkan 1 1/2 sudu besar daging dan masukan sedikit cheese.Gulung tortilla dan masukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas yang telah disapu dgn sos merah dan sos putih.
3- Gulung semua tortilla sampai habis dan susun 5 tortilla dibahagian bawah dan sendukkan sos putih keatasnya.Boleh juga ditabur lebihan daging jika ada.Susun 5 lagi tortilla dan tutup semua tortilla dgn sos putih.Tabur campuran kedua-dua cheese diatas sos.
4- Bakar selama 40 minit dengan suhu 180c.Pastikan atasnya perang sebelum diangkat.

1 comment:

  1. sedapnye enchiladas ni.. terliur nengok gambarnye.. kalo pn ros nak borong tortilla byk2 wat enchiladas byk2, leh borong kat kedai kami eh :)
    :: 'Ananaifa Foods adalah pengedar makanan sejuk beku spt Tortilla, Dim Sum, Western, Kuih Muih dan Bebola & Kek Ikan' ::

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info