Mereka yang sudi.......

Tuesday, February 15, 2011

Roti poket

Salam Maulidul Rasul to all the muslim out there.Pagi ni P.Ros masak Roti poket untuk sarapan.Masa mula-mula nampak resepi ni dalam beberapa blog masakan memang terus rasa nak buat.Bila baca bahan2nya yang senang dan caranya yang agak kreatif wah semangat nak buat lagi la tinggi.Proses mengorengnya memang buat P.Ros teruja bila melihat roti menggelembong naik macam masak puree.Wah magic betul,macam yang along Roz tulis magic pocket bread. Roz kata resepi ni dapat dari Rabiatun.Tq to both of you ya. Intinya memang boleh dipelbagaikan.Pagi ni P.Ros buat telur goreng bersama kobis ,bawang besar dan lada capsicum.Roti poket ni rasanya boleh dimakan waktu pagi.tengahari atau malam bergantung pada filling yang kita masukkan.So untuk makan pagi ni saja P.Ros buat filling yang simple.Mama-mama mesti cuba ya!


Bahan-bahannya
*12 keping roti
*2 biji telur putih
*1 1/2 cawan serbuk roti
* Minyak untuk goreng terendam


Cara memasak
1-Satukan 2 keping roti dan digelek nipis
2- Letakkan sebiji manggkuk atau gelas diatas roti dan potong bulat
3- Celup roti kedalam putih telur dan celup pula kedalam serbuk roti.
4- Goreng roti sampai ia mengelembung dan garing.Angkat dan toskan minyaknya.
5- Potong roti pada 2 bahagian dan masukkan filling pilihan kedalam poket roti.

p/s untuk filling tu guna la kreativiti sendiri ya.Boleh masukkan ayam ke nugget ke.sausage ke bersama salad dan sos.

1 comment:

  1. mmm..sedapnyer..nak cuba lah...thanx for the recipe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info