Resepi kayu keramat


Salam pagi .Masa kita tengok gambar resipi ni terus ingat kat chakoi.Puan Ros suka chakoi dgn kopi.Lagi pun itu kan makanan kegemaran keturunan bangsa laling kita.Dia suka kita pun suka ,baru hidup aman bahagia.............kan? Ini first time nak buat ni.Jumpa resepi kat dapur Doktor Inahar.Dia kata copy paste dari dapur hana.Tumpang sekaki ya... tq.Tapi kayu kramat ni kat dalam isinya penuh bukan kosong macam chakoi. Cicah sambal ikan bilis musim hujan ni memang sedap kot. Kita tetap nak cicah kopi,laling pun sama.love you laling......

Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum
  • 1 camca soda bikarbonat
  • 1 camca teh yis mauripan
  • 6 sudu makan gula
  • 2 camca makan butter(Puan Ros guna shortening sebab kehabisan butter-sesuatu yang jarang-jarang berlaku dirumah ini.Sebab biasanya kita beli 3/4 ketul butter bila pergi marketing.
  • 300ml air suam - masukkan sedikit2
  • garam 
Cara-cara
  • Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika.
  • Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi.
  • Tepung digaul dengan planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata.
  • Kemudian masukkan air yis dan air gula yg dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
  • Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda. (anggaran 1jam lebih)
  • Tumbuk2an doh, dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.-Puan ros tekan dengan chopcstik ditengah-tengah selepas digentel memanjang dan biarkan sebentar lagi.
  • Panaskan minyak. Tarik doh sedikit dan pusingkan kemudian goreng hingga kekuningan.
  • Hidangkan. Enak dimakan dengan sambal tumis ikan bilis.




Comments

  1. dah pernah buat tapi dia mengecut... tak tahu kenapa...apape pon rasa die sedap...saya ikut resepi akak ni la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts