Mereka yang sudi.......

Sunday, January 23, 2011

Prosperity Burger

Salam to all.I,am still with my new year mood. Tonight diner nak masak prosperity burger.Macam yang kat MacD tu.Takkan lah biar dapur MacD aja yang prosper ,dapur kita pun mesti prosper jugak kan?? MacD punya dapur dah terlebih prosper pun so transfer sikit ke dapur kita. Dapat resepi ni dari dapur cik Norma dan sosnya Puan Ros buat ikut resepi sendiri.Mari kita ramai-ramai prosperkan dapur kita ya...... laling kata yum-yum maalum la perut dia pun dah prosper!


Bahan Daging
•400g daging cincang
•1/2 biji bawang besar - cincang
•1 biji telur
•1/4 cawan tepung gandum
•3 sudu besar breadcrumbs
•beberapa keping cheese
•2 sudu besar susu segar -
•serbuk lada putih
•garam
•1/4 cawan air- utk steam daging
Cara memasak Burger 
 Satukan semua bahan2 daging kecuali cheese utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, penyek2kan di atas tangan, kemudian masukkan slice cheese yg telah dicarik kecil2. tutup kemas dan bulat2kan seperti bentuk humburger (you can do what ever shapes u want)
•Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. Balik2kan hamburger sehingga 3/4 masak.
•Masukkan air 1/4 cawan tadi. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy)biarkan sehingga air kering dan buka penutupnya.Tambahkan sedikit lagi minyak dan goreng burger sebentar lagi agar ke2 belah nampak perang.Angkat dan ketepikan.(Puan Ros guna periuk kaca 4segi dan masak 9 keping burger skali gus.

Bahan Sos Lada Hitam
•2 cawan stok ayam- guna 1 kiub ayam + air
•1-2 sudu besar lada hitam yang dah hancur..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
•1/2 biji bawang besar -mayang
•3 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
•1 sudu sos tiram
•2 sudu besar butter
•2 sudu besar tepung gandum
•garam dan gula - jika perlu
Cara-cara memasak sos
1- Panaskan butter dgn api sederhana dan masukkan bawang.Goreng hingga bawang layu dan masukkan tepung gandum.Kacau hingga tepung gandum nampak sebati dng butter.
2- Tuangkan stock ayam.Kacau rata.Masukkan kicap dan sos tiram.Masak hingga kuah mendidih dan masukkan lada hitam.Kacau dan rasa. Tambah apa-apa yang patut(Garam ke ,gula ke kicap ke lada hitam ke.. ok).Masak hingga kuah pekat dan tutup api.
Cara menghidang
Sapu sedikit butter pada roti dan bakar sekejap. Celupkan burger kedalam sos dan diletakkan diatas roti.Tabur bawang besar yang dipotong dadu diatas burger.Boleh ditambah apa2 yang disukai seperti mayo ke salad ke dan siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info