Puding pisang coklatchips

Happy new year everybody.My new year was not so exciting as how I wanted it to be as I'm still going banana over my missing  laptop.Rasa macam tak ada tangan sebelah.Ini curi masa my laling sibuk buat kerja lain kita pun lompat atas kerusi kerja dia guna dia punya computer, gian nak update blog.Sebenarnya diapun tak kisah,Tapi semua document kat dalam laptop tu dan lebih selesa buat kerja dgn barang kita sendirikan.Talking abt banana today recepi is banana puding,  senang aja nak buat.Puan Ros buat ni sebelum pergi kerja tadi selepas nampak 4 biji pisang tergolek atas meja.Jadi sebelum dia masuk tong sampah baik masuk mulut dan perut......

Bahan-bahannya:
3 ke 4 biji pisang berangan
8-9 keping roti putih (Puan Rose guna gardenia)
2 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1sudu teh garam 
1 sudu teh vanilla 
segengam coklatchips
sedikit butter

Cara memasak
1-Pisang dibuang kulit dan dipotong nipis dan bulat
2- Dalam mangkuk masukkan susu,telur dan gula.kacau sebati .Masukkan pula vanilla,garam dan kulit kayu manis.kacau lagi mengunakan whisk atau senduk kayu.
3-Roti dipotong dadu atau dicarik-carikkan.
4- Masukkan roti kedalam adunan susu tadi dan biarkan selama 5-10 minit.
4- Sapukan butter pada loyang kaca dan masukan adunan tadi.Susun kepingan pisang dipermukaan adunan.Letakkan coklatchip diantara potongan pisang.Selitkan sedikit butter diantara potongan pisang tadi.
5- Bakar dengan suhu 180c antara 30-40 minit.Sejukkan didalam peti sejuk  sebelum di hidangkan.

































Comments

Popular Posts