Mereka yang sudi.......

Saturday, January 8, 2011

Telur Ikan Goreng


Salam.Malam ni Puan Ros masak masakan paling sempoi.But this is one of my favorite food.Masa kecil-kecil dulu ini kira makanan mewah.bila ayah bawa balik telur ikan, wah bestnya..Dulu-dulu telur ikan mahal harganya.Tapi sekarang murah aja.I realy like telur ikan but my anak-anak ,tak payah cerita la........cerita pasal puff baru senyum lebar.What ever la girls ,mama love telur ikan ! Kalau pegi kedai nasi kandar kita mesti order telur ikan.Tak payah dengan nasi ,ratah aja.Lepas tu minum kopi o ais.....meletup

Bahan-bahannya
3 keping telur ikan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil kunyit
1 biji cili hijau dipotong serong
1/2 labu bawang besar
beberapa biji cili padi
daun kari (ikut suka hati masing-masing)
minyak secukupnya untuk mengoreng
Cara memasak
1-Basuh bersih telur ikan dan potong kecil.
2-Campur garam,kunyit dan rempah kari,Lumur rata pada telur ikan.
3- Panaskan minyak, goreng telur ikan sampai garing.Masukkan daun kari,bawang dan cili.Goreng lagi sampai bawang agak layu.Angkat dan hidangkan,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info