Mereka yang sudi.......

Friday, January 14, 2011

My murtabak

 
Salam semua. This is our diner last night . I cooked the murtabak using prata and buy the curry at kayu nasi kandar.Jeruk bawang tu warna kuning sebab tak ada pewarna merah.kuning pun sedap juga.Merah kuning warna tadika .Go go TSI.............
Bahan-bahannya 
2 paket roti prata jenama kawan
200g minced chicken
1 biji kentang bersaiz besar dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
4 biji telur 
1 sudu besar rempah kari (boleh tambah jika suka)
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa 
minyak sapi secukupnya
minyak masak untuk menumis
Inti murtabak
1-Panaskan  3 sudu minyak makan dan tumis bawang putih hingga terbit bau.Masukkan ayam dan kacau sebentar.Masukkan pula rempah kari dan kentang.kacau selama 2 ke 3 minit dan masukkan air.Tambah garam dan gula.
2-Kacau bahan inti dan masak hingga kentang empuk dan air kering.Angkat dan sejukkan.
3- Bila kentang sudah sejuk pecahkan 4 biji telur kedalamnya dan kacau sebati.
4- Dalam kuali panaskan sedikit minyak dan masukkan sesenduk kecil bahan inti.masaklah seperti masak telur dadar.Puan Ros dapat 6 biji semuanya.
Cara membuat murtabak
1- Defrost roti prata. Ambil sekeping prata dan letakan diatas papan .Taburm sedikit gandum dan gelekkan prata hinga menjadi sedikit nipis dan saiznya besar  sedikit. Masukkan inti dadar tadi dan tutup prata menjadi seperti murtabak
.2- Panaskan sedikit minyak sapi dalam kuali yang tak melekat dan goreng roti prata hingga garing kedua-dua belah.Guna 2 batang sudip untuk mengoreng prata secara menegak agar garing sekelilingnya.
bahan untuk jeruk bawang
Mayang bawang basar.Didalam mangkuk masukan cuka makan,gula dan sedikit garam.Titikkan sedikit pewarna(Suka masing-masing warna apa).Masukkan bawang dan kacau rata.Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.

p/s : murtabak tu boleh dibuat 2 lapis jika suka . Masak dulu lapisan pertama dan bungkus lagi sekali dengan lapisan kedua.Puan Ros buat dua-dua jenis-1 lapisan dan dua lapisan so dapat 6 biji semuanya.



I'am ok now.No more allergic! just a small spot at the corner of my mouth. Now i can enjoy the murtabak...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info