Puding Roti Karamel Embun


Salam semua.Puan Ros buat ni for tea time today. Copy paste dari dapur Hana.Malas rasanya nak masuk dapur tapi kesian laling tak ada benda nak makan for tea time.Roti pun ada dlm 5 keping.Nampak pula resepi ni.Apa lagi berasap la dapur...... thank u hana and tuan punya resepi yang asal ya.Tulisan biru tu samaada bahan yang Puan Ros guna atau cara yang di edit sikit.Boleh lah ya....Puding ni tak brapa manis dan..... enak diminum bersama tea.....Gardenia..........(Memang pun guna roti gardenia so boleh la nyanyi lagu tu.......

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL EMBUN ROSALIZA
resepi asal :
rosaliza@embunkasih
source :
HaNa's FamiLY

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja (kita punya pukulan tak brapa manja) dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1 cwn susu pekat manis - hana buh kurang sedikit 3/4cwn (cwn metrik yg 200ml)
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. (lupa masukkan)
  4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Puan Ros kukus 30 minit je dan  tapis lagi sekali semasa masukkan kedalam loyang)

Comments

Popular Posts