Mereka yang sudi.......

Thursday, January 27, 2011

Spaghetti meatball

Salam semua. Baru dapat bersiaran sebab malam ni Puan Ros masak.Malam tadi they all gi makan steak kat satu restoran yang baru dibuka tak jauh dari rumah.Restoran western food ni jual all the fresh meat also.So Puan Ros beli 1 paket meatball bawa balik.Hari ni guna meatball tu untuk masak spaghetti .Jom layar
Bahan-bahannya
1 paket spaghetti direbus (makan sebanyak yang nak aja,yang lebih tu esok godek resepi lain pulak)
1 botol kimball spaghetti sos perisa cendawan (350g)
1 tin cendawan butang (separuh potong nipis dan separuh biarkan bulat-bulat)
15 biji meatball (sedap meatball restoran ni buat)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa
kepingan cheese jika suka

Cara memasak sos
1- Panaskan minyak dan masukkan kesemua meatball.Tutup periuk dalm 5 minit.Lepas tu buka tudung periuk dan goreng meatball sambil dibalik-balik kan. Goreng sampai meatball keperangan.
2- Masukkan cendawan dan goreng sampai cendawan layu sedikit.
3- Masukkan pula sos spaghetti dan kacau sekejap.Masukan air kedalam botol dan goncang-goncangkan biar semua sos sebati dgn sebotol air,curahkan kedalam periuk tadi.
4- Sebelum sos mendidih masukkan 3 sudu sos cili serta sedikit garam dan gula secukup rasa .Puan ros masukkan lebih gula sebab laling tak brapa suka sos yang masam.
5- Biarkan sos masak mendidih beberapa minit lagi.Angkat. (sos boleh dimasak awal )
p/s Untuk hidangan : Puan Ros masukkan spaghetti kedalam pinggan dan curahkan sos serta letak sekeping cheese dale diatasnya. Masukkan kedalam microwave selama beberapa saat dan makan masa panas



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info