Fortune Prawns

Hai semua..CNY dah makin hampir.Bau-bauan is in the air.Puan Ros pun dah mula teringat makanan-makanan yang biasa kita orang makan during new year diner.Kebetulan hari ni ada udang so this is what I cooked for diner tonight. Tak la sehebat yang dimasak kat hotel tu, tapi cukup sedap la untuk hidangan kat rumah ni.But my laling prefer butter prawn than this prawn. Nanti kena la masak butter prawn pulak jawabnya!
Ya la laling........ udang ni makan dgn lagi 1 masakan cina .Lettuce goreng dgn sos tiram.


Bahan-bahannya
24 ekor udang sederhana besar
4 biji yolk telur masin (dikukus dalam 10 minit dan di lenyek hancur)
3 ulas bawang putih potong halus
halia sebesar ibu jari potong halus
4 biji cili kering digunting nipis
5 biji cili padi dipotong kecil 
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 keping kiub ayam
1/2 sudu kecil lada sulah
secubit garam

bahan perap udang
1 biji putih telur
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung

Cara memasak
1- Udang dibuang janggut dan dibasuh bersih.Toskan udang dan masukkan dalam mangkuk. Campurkan putih telur dan tepung gandum kedalam udang.Kacau sebati.Dalam mangkuk lain masukkan tepung jagung.Toskan udang tersebut dalam mangkuk tepung jagung.
2- Panas kan dalam 1/2 cawan minyak dan goreng udang sampai bertukar warna merah.Angkat dan ketepikan.
3-Dalam kuali yang sama keluarkan semua minyak dan masukkan  2 sudu butter dgn api sederhana dan masukkan bawang putih dan halia.Goreng sebentar.Masukkan pula cili kering dan cili padi.
4-Masukkan telur yang dilenyek tadi dan goreng hingga semua bahan mesra.masukan gula ,kiub pati ayam dan lada sulah. Goreng lagi dalam 3 minit.
5- Masukkan pula udang dan goreng hingga semua bahan mesra dalam 5 minit lagi sambil dikacau-kacau.Rasalah masin manisnya dan tambah garam jika perlu.
6-Angkat udang dan taburkan daun bawang,hidang semasa masih panas.









Comments

Popular Posts