Mereka yang sudi.......

Saturday, January 8, 2011

Puff Bantal Peluk

Salam pagi semua.Wah pagi sabtu ni ....... leganya rasa.Dapat la luangkan masa untuk memasak apa yang nak dimasak.First week of school is busy and tiring! and now time to distress.......and for me the way to do it is cooking la.Bangun pagi-pagi to prepared breakfast and something for tea time.Lunch??? The two princess nak gi ikea and kita nak ikut so tak payah la masak.Laling tak ikut so dia boleh tapau lunch for himself. Puan Ros buat bolognise puff for breakfast tapi kita nak namakan dia puff bantal peluk.Sebab?????? now musim hujan, ada bantal peluk kan best!ha ha ha ...


Bahan-bahannya
6 keping puff pastry
400grm daging hancur
1 tin kechil tomato puree (100 grm)
2 sudu sos cili
3 sudu besar sos tomato
1/3 bawang besar potong dadu
1 tin cendawan butang potong nipis
1 sudu kechil oregano(optional)
secubit garam
1 keping stock ayam
2 sudu besar minyak
Cara-cara meembuat sos
1- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga terbit bau.Masukkan daging hancur dan masak hingga airnya sedikit kering.
2- Masukkan tomato puree,tomato sos dan cili sos.Kacau sebati.Masak hingga kuah mendidih.Masukkan cendawan dan oregano.masukkan secubit garam.
3- Masak hingga air daging kering.Angkat dan sejukkan.
Cara membuat puff
1- Ambil sekeping puff pastri  bersama plastik pengalasnya.Letakkan diatas dulang .Letakkan 3 ke 4 sudu sos daging tadi.Gulung puff kemas-kemas dengan menolaknya mengunakan plastik pelapik tadi.Cantumkan setiap hujung puff.Boleh dipotong diatasnya atau biarkan kosong.
2- Sapukan sedikit minyak atas dulang pembakar dan letakkan puff yang telah siap digulung.Dapat 6 puff bantal peluk kesemuanya.Sapu dengan susu atau telur kuning diatasnya.
3- Bakar dalam suhu 200c selama lebih kurang 1 jam atau puff dah nampak perang keemasan.

2 comments:

  1. it is so yummy k ros! danial pun suka!

    ReplyDelete
  2. Yg ni pun kegemaran saya, suka dgn resepi Pn Ros..tq sbb sudi share n bg idea kpd kami.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info