Mereka yang sudi.......

Wednesday, January 5, 2011

Ayam masam-manis

Hai everyone.Sorry la for not updating my blog for the past few days. As you all know my laptop kena curi so memang susah nak buat kerja.Secondly kindie pun baru buka so memang tak ada masa nak buat apa-apa.There is so much things to do .lagi pun ramai budak baru so macam-macam ragam dan perangai la.......but alhamdulillah so far so good.At least tak ada la chronic case.Just a small case like crying here and there.2/3 hari lagi ok la tu.Ayam masam manis ni sebenarnya masak minggu lepas.Now baru nak masukkan N3 sebab semalam Puan Ros dah dapat laptop baru.Mengeletar tangan kita nak keluar duit beli laptop baru.But i have no choice la,nak kena beli juga.Banyak kerja yang terbengkalai tampanya.Sabar aja la.......jom layar resepi.


bahan-bahannya
15 kepingan ayam yang dipotong sederhana besar
3 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air
1 biji telur bersaiz kecil
1/2 sudu kecil minyak bijan
3 sudu besar sos masam-manis
2 sudu besar sos cili
campuran potongan sedikit capcicum merah dan sedikit capcicum kuning
1/2 biji bawang besar dipotong besar-besar
garam + gula secukup rasa
lada sulah
1/2 cawan gandum


Cara memasak
1-Ayam dicuci bersih dan keringkan sedikit airnya
2- Dalam mangkuk masukkan ayam, telur, minyak bijan dan tepung jagung yang dicampurkan dgn air.Masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata dan perapkan 1/2 jam.
3- Panaskan minyak masak.Ayam yang diperap tadi dicelupkan kedalam gandum sekeping-sekeping.Goreng hingga garing dan ketepikan
2- Dalam kuali yang bersih masukkan 2 sudu besar minyak masak.Tumiskan bawang putih sekejap.Masukkan sos masam-manis dan sos cili serta 1/2 cawan air.masukkan sedikit garam dan sedikit gula.Masak kuah sampai pekat.
3- Masukkan ayam kedalam kuah.kacau rata dan masukkan capcicum beserta bawang besar. kacau lagi dan rasalah garam gulanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info