Mereka yang sudi.......

Monday, January 31, 2011

Kerabu timun bersantan

Salam makan malam. Kerabu timun ni Puan Ros buat 2 hari lepas My favorite.Laling akan tumpang sekaki kalau masukkan banyak-banyak cili padi.Ini salah satu resepi mak kat kampung.Tapi P. ros dah modified la sikit ikut perubahan zaman.
Bahan-bahannya
1 biji timun saiz agak besar dibuang kulit,digaru dgn garpu dan potong bulat
1 ekor ikan yang direbus (kembong/selar)
1 biji tomato-potong dadu
200ml santan dalam kotak
beberapa biji cili padi-potong halus
1/2 biji cili merah-potong nipis
2 batang daun parsly-potong halus
1 biji bawang besar-1/2 potong nipis dan 1/2 ditumbuk dgn ikan
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
Cara memasak
1- Rebus ikan dan ambil isinya.Tumbuk bersama bawang besar gula dan garam
2- Masukkan santan kedalam periuk dan didihkan bersama isi ikan tadi diatas api sederhana.Angkat dan sejukkan
3-Dalam mangkuk masukkan timun dan diramas sedikit,biar timun patah-patah.Campurkan semua bahan hirisan .
4- Bila campuran santan dah betul-betul sejuk masukkan kadalam timun tadi dan dikacau.Tambah lah apa-apa yang patut ikut selera masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info