Mereka yang sudi.......

Friday, January 21, 2011

Nasi goreng cina

Salam semua.Puan Ros tengah tunggu brownie masak ni. Baunya dah semerbak.Sebelum air liur meleleh baik sibukkan diri tulis resepi nasi goreng yang senang dan lenang untuk dimasak ni.masih lagi pasal CNY mood dan continue memasak masakan orang-orang laling kita. Kami makan nasi goreng ni dgn kropok. Melayu  + cina la tu.macam kita. Jom masak


Bahan-bahannya
Nasi yang dah dimasak dan disejukkan.(Cukup untuk 5-6 orng makan
5-6 batang kachang panjang dipotong halus dan bulat
1/3 labu bawang besar dimayang halus
6 keping chicken meatloaf dipotong dadu atau sausage
3 biji telur bersaiz besar 
3 ulas bawang putih
Sekeping  kiub pati ayam
5 sudu besar kicap cair
sedikit garam jika perlu
minyak untuk mengoreng

Cara memasak
1- Panaskan dalam 5 sudu besar minyak.Pecahkan 3 biji telur kedalamnya dan kacau telur hingga hancur dan masak.Angkat dan ketepikan. Tuangkan lebihan minyak dari telur kedalam kuali.
2- Dalam kuali yang sama masukkan bawang putih dan goreng sekejap.Masukkan pula chicken meatloaf dan kacau rata.
3- Tambahkan kicap cair dan kiub pati ayam.Goreng sampai semua bahan mesra dan kacau lagi.
4- Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan pula kacang panjang   bawang dan telur .Kecilkan sedikit api dan kacau nasi sampai sebati. tak payah tunggu kacang layu  supay bila dimakan dapat rasa kerangupanya.Rasalah sedikit dan tambah garam jika suka.Angkat dan hidangkan.
P/s Nasi goreng ni tak payah dibuat masin sangat sebab Puan Ros hidang dengan cili padi yang direndam dalam kicap cair dan juga keropok goreng.
Ting! bunyi oven .Brownie dah masak! emmmm.....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info