Macaroni Soup

Hai... dah makan? Just a simple lunch today. Macaroni soup. Dah habis semangkuk (eh... agak2 la bukan mangkuk ni la...Mangkuk ni kita sayang ,my sis inlaw carried back all the way from London untuk kita.) baru ingat dlm peti ada garlic bread.Ayo.......

Bahan-bahannya
1 1/2 cawan macaroni
1 keping ayam (Puan Ros guna whole leg)
1 batang celery
1/3 biji capsicum kuning dan 1/3 biji capsicum merah dipotong dadu
1/2 biji bawang besar didadu
seketul bunga kubis sebab tak ada carrot
3 ulas bawang putih dipotong halus
1 sudu besar butter
1 keping kiub ayam
1 sudu teh oregano flakes
4-5 cawan air
sedikit lada sulah
Cara memasak
1- Panaskan butter dan goreng bawang putih hingga terbit bau.Masukkan kesemua sayuran  bawang besar dan serbuk oregano..Kacau sebati. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.
2- Masukkan air dan ayam.Biarkan sup mendidih dgn api sederhana salama 30 minit.Keluarkan ayam dan sejukkan.
3-Masukkan macaroni.. Pastikan api perlahan. Tambah air jika perlu Pada masa yang sama carikkkan ayam halus-halus.Masukkan semula ayam bersama tulangnya kedalam periuk.
4- Renih sup hingga macaroni masak dan lembut.Masukkan lada putih dan garam sebanyak yang diperlukan ikut selera masing-masing. Taburkan daun bawang. Angkat dan hidang semasa panas.
p/s Kalau sejuk sup akan kering dan macaroni jadi bengkak dan mengembang.




Comments

  1. Hi Puan Ros...thanks for signing my GB! Here I am..;)

    Taking a tour into your blog now. Soup looks yummy!

    ReplyDelete
  2. Hi Love2cook, nice to hear from u.I did follow yr blog quietly.I'm new in this and just cooked for my family so actually very malu to be exposed.Still do just as a hoby and a way to distress my self. hi hi hi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts